Berita Harian

Peniaga raih RM600 sehari jual air, sate ikan

-

Rantau Panjang: Seorang peniaga raih RM600 sehari selepas mengambil peluang terhadap keghairaha­n orang ramai untuk bermain air di kawasan banjir.

Mohd Khairil Azwa, 30, berkata dia mula berniaga di lokasi banjir di Banggol Kulim, di sini, selepas air melimpahi kawasan itu dua hari lalu dan ia juga menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun.

Katanya, dia mula berniaga minuman dan makanan (sate ikan) pada jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam dan mendapat sambutan menggalakk­an.

“Alhamdulil­lah ini rezeki saya ketika banjir. Malah setiap tahun saya mengambil peluang berniaga kerana sudah sedia maklum bahawa tempat itu memang menjadi tumpuan ramai.

Banjir bagai pesta

“Di sini musim banjir adakala dirai seperti pesta dengan orang ramai daripada pelbagai peringkat umur datang bermain air dan kita dapat melihat aneka ragam manusia.

“Namun, dalam bersuka ria, semua masih berjaga-jaga kerana di musim banjir ini pelbagai kemungkina­n boleh berlaku,” katanya yang tinggal di Gual Tinggi, di sini, semalam.

Mohd Khairil berkata, agensi keselamata­n seperti pihak polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sentiasa ada di lokasi bagi memastikan penduduk yang mengunjung­i tempat itu selamat.

Katanya, bagi penduduk di sekitar kawasan itu mungkin sudah biasa melihat suasana sebegini kerana setiap kali banjir, orang ramai akan memenuhi kawasan itu.

“Lokasi ini selamat kerana paras air tidak tinggi dengan aliran air yang biasa. Selepas sehari banjir baru ramai yang mengunjung­i tempat ini kerana banjir pada hari pertama lebih bahaya.

“Saya akan manfaatkan peluang sebaik mungkin mencari rezeki, kerana biasanya hanya dalam masa seminggu lebih saja fenomena pesta air ini berlaku,” katanya.

 ?? [FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] ?? Peniaga mengambil peluang berniaga di kawasan banjir di Banggol Kulim, Rantau Panjang.
[FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] Peniaga mengambil peluang berniaga di kawasan banjir di Banggol Kulim, Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia