Berita Harian

Langganan akhbar digital NSTP meningkat, BH naik 228 peratus

Rekod peningkata­n positif enam bulan pertama 2017 berbanding Julai hingga Disember lalu

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Langganan akhbar digital kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding enam bulan kedua 2016.

Laporan terbaru firma pengaudita­n Biro Audit Pengedaran (ABC) menunjukka­n BH mencatat 47,364 unit langganan antara Januari hingga Jun tahun ini, berbanding 14,427 langganan pada enam bulan kedua tahun lalu iaitu peningkata­n sebanyak 228 peratus.

BH Ahad naik 214 peratus

Naskhah BH Ahad mencatat peningkata­n 217 peratus dengan 45,682 langganan bagi enam bulan pertama tahun ini, berbanding 14,418 unit sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu.

Edisi digital akhbar

Times (NST) dan turut merekodkan peningkata­n, masing-masing 243 peratus dan 231 peratus.

Langganan akhbar digital NST naik kepada 47,092 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding 13,710 langganan pada separuh kedua tahun lalu, manakala New Sunday Times mencatat 45,468 unit langganan pada Januari-jun tahun ini, berbanding 13,739 unit sepanjang Julai-disember 2016.

Prestasi positif

dan Metro versi digital juga merekodkan prestasi positif dengan masing-masing meningkat 74 peratus dan 68 peratus.

Mencatat 15,612 unit pada Julai hingga Disember tahun lalu, langganan HM bagi tempoh Januarijun tahun ini naik kepada 27,137 unit, manakala MA mempunyai 26,238 unit langganan digital bagi enam bulan pertama tahun ini, berbanding 15,627 unit untuk enam bulan kedua tahun lalu.

Akhbar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia