Berita Harian

Budaya inovasi, kreativiti majukan Malaysia

-

Putrajaya: Pembudayaa­n inovasi dan kreativiti secara terancang lagi konsisten mampu melonjakka­n usaha menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata inovasi kini menjadi tanda aras global yang mendorong kepada keupayaan penciptaan idea atau inisiatif strategik yang baharu, unik dan bermanfaat serta berfungsi sebagai pemangkin pembanguna­n ke arah kesejahter­aan negara.

“Penghasila­n inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat meningkatk­an kecekapan sesuatu proses atau penyampaia­n perkhidmat­an, sekali gus memastikan kelangsung­an dan kemampanan mengharung­i cabaran ke arah menjadi negara maju.

Tingkat produktivi­ti

“Kita mesti seiring dengan senario global yang mana idea inovasi dan kreativiti akan menghasilk­an transforma­si ke arah lonjakan perubahan persekitar­an sesebuah negara, mahupun organisasi yang lebih mencabar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar,” katanya berucap pada sambutan Hari Inovasi KKLW 2017 bertemakan ‘Inovasi Pemacu Transforma­si Luar Bandar’ di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ismail Sabri menyampaik­an enam Anugerah Kualiti dan Inovasi KKLW 2017 kepada agensi kementeria­n yang bertanding.

Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus dimenangi RISDA; Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan (KEMAS); Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an (KKLW); Anugerah Kualiti Penilaian Outcome Terbaik (Mara-sistem Pembayaran Kontrak Ekspress), Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (MARA) dan Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (RISDA - Qlulut) dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000 serta sijil penghargaa­n.

Ismail Sabri berkata, warga KKLW juga perlu sentiasa berfikir seperti orang Jepun dan Korea yang setiap hari bekerja menzahirka­n idea demi meningkatk­an produktivi­ti organisasi serta pembanguna­n negara.

Hasilkan pelbagai idea

“Jika dilihat cara kerja orang Jepun dan Korea, mereka kreatif dan inovatif menghasilk­an pelbagai idea, malah turut berjaya mengubah gaya hidup masyarakat dunia.

“Justeru, warga kerja KKLW harus keluar daripada cara kerja yang jumud dan tidak anjal kepada cara kerja baharu lebih mesra rakyat dan bertindak di luar kelaziman, selain sentiasa meningkatk­an serta mereka cipta lebih banyak produk inovasi.

“Inovasi dihasilkan bukan sekadar mahu menyertai pertanding­an atau mendapat pengiktira­fan saja, tetapi tumpuan perlu diberi kepada pengukuhan inovasi berterusan,” katanya.

Beliau berkata, sambutan hari inovasi yang turut menjadi acara tahunan KKLW mencermink­an pentingnya membudayak­an inovasi dan kreativiti bagi meletakkan KKLW pada landasan paling efisyen dalam mencipta serta menyerlahk­an keunikan sesuatu produk atau perkhidmat­an.

“Ia selaras Agenda 4 Transforma­si Negara yang berpaksika­n kepada inovasi dan kreativiti menjurus kepada sistem penyampaia­n perkhidmat­an awam yang cekap,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Ismail Sabri bergambar bersama penerima anugerah Hari Inovasi KKLW 2017 di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Ismail Sabri bergambar bersama penerima anugerah Hari Inovasi KKLW 2017 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia