Berita Harian

Tertuduh ada peluang lupus barang bukti

Wanita warga Vietnam tidak tunjuk riak khuatir ketika serah baju T, gaun

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Tertuduh wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, mempunyai peluang untuk melupuskan baju T dan gaun pendek yang dipakainya, ketika dia didakwa menyerang warga Korea Utara Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jongnam), Mahkamah Tinggi semalam diberitahu.

Thi Huong dikatakan bukan sahaja tidak menggunaka­n peluang itu malah tidak menunjukka­n sebarang rasa khuatir ketika menyerahka­n baju kemeja dengan tulisan LOL dan gaun itu kepada pegawai polis dua hari selepas kejadian.

Pakaian tidak disembunyi­kan

Pakaian itu juga didapati tidak disembunyi­kan dalam bilik hotel Sky Star Hotel di mana tertuduh menginap, ketika diserbu polis.

Perkara itu dicadangka­n peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili tertuduh warga Vietnam itu kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superinten­dan Nasrol Sain Hamzah, 38.

Pada sesi pemeriksaa­n balas itu, Nasrol yang juga saksi ke-24 pendakwaan, bersetuju dengan cadangan peguam.

Hisyam turut mencadangk­an bahawa anak guamnya berpeluang dalam masa singkat memasukkan pakaian itu ke dalam beg plastik dan membuangny­a di mana sahaja, yang dijawab saksi: “Setuju.”

Saksi itu berkata, beliau tidak mengetahui sama ada tertuduh memakai baju T dan gaun itu sehingga jam 5 atau 6 petang 13 Februari lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang.

Beliau bersetuju dengan Hisyam bahawa Thi Huong ketika ditemubual, memberitah­unya (Nasrol) bahawa dia datang ke negara ini untuk membuat penggambar­an video lucu (prank video).

Hisyam mencadangk­an tertuduh menjalani dua penggambar­an video lucu iaitu pada hari kejadian dan dua hari selepas itu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), yang dijawab saksi: “Setuju.”

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin bersambung 22 Januari tahun depan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 17 November 2017.
Keratan akhbar BH pada 17 November 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia