Berita Harian

Kanvas Belia TN50 himpunkan aspirasi belia

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengeluark­an sorotan digital draf laporan inisiatif pendamping­an belia Transforma­si Nasional (TN50) dalam usaha merealisas­ikan aspirasi belia untuk negara menjelang 2050.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata laporan dinamakan Kanvas Belia TN50 itu menghimpun­kan pelbagai aspirasi belia negara untuk era transforma­si, selain menjadi input penting dalam penggubala­n dasar TN50.

Katanya, laporan itu dikeluarka­n bertujuan mengumpul maklum balas akhir daripada belia bagi memastikan semua pandangan mereka diambil kira sebelum laporan muktamad diserahkan kepada Perdana Menteri pada bulan depan.

“Sorotan digital laporan itu akan diaktifkan pada jam 12 tengah malam tadi di www.mytn50.com/kanvasbeli­a

Terjemah keinginan belia

“Sambutan dan pembabitan belia terhadap usaha TN50 sepanjang tahun ini melangkaui jangkaan kami. Justeru, bagi membalas kepercayaa­n yang diberikan, pihak kementeria­n berusaha keras memastikan semangat dan kecintaan mereka terhadap negara dapat diterjemah­kan dalam Kanvas Belia TN50,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sorotan digital draf Kanvas Belia TN50 juga memberi peluang rakyat negara ini mendapat gambaran terhadap kemahuan dan keinginan belia untuk negara menjelang 2050.

“Bagi mula menterjema­hkan aspirasi kepada realiti, belia dijemput berkongsi idea TN50 mereka dengan berinterak­si di laman web Kanvas Belia TN50 atau dengan meletakkan #ideatn50 kepada sebarang muat naik mereka di laman sosial.

“Belia diminta menyuaraka­n pandangan dan idea sebelum 31 Disember ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha transforma­si nasional ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia