Berita Harian

KKLW sedia beri penjelasan

Kontraktor lihat dari aspek kemanusiaa­n, audit pula prihatin soal prosedur

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersedia memberi penjelasan kepada Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung projek talian grid menerusi Program Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata projek itu yang mencatatka­n prestasi tidak memuaskan dengan beberapa kelemahan menjejaska­n kecekapan pelaksanaa­n projek, mendapat teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2, barubaru ini.

“Kami maklum dengan teguran itu dan Ketua Setiausaha KKLW (Datuk Borhan Dolah) akan memberi penjelasan kepada pihak PAC, apabila dipanggil nanti.

Sudah dijelas

“Masalah yang timbul berkaitan projek ini bagaimanap­un sudah dijelaskan kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Hari Inovasi KKLW 2017 di sini, semalam.

LKAN 2016 Siri 2 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat, baru-baru ini, mendapati pemantauan terhadap pelaksanaa­n projek talian grid tidak memuaskan disebabkan kekangan sumber manusia di KKLW.

Setakat 30 Jun lalu, satu daripada lapan projek itu melangkaui tarikh siap asal dibenarkan sehingga melebihi dua tahun dan dikenakan Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) dianggarka­n berjumlah RM1.56 juta.

Empat lagi projek untuk penyambung­an bekalan elektrik ke 2,332 daripada 6,891 rumah yang disasarkan belum dan lewat dimanfaatk­an penduduk antara setahun lapan bulan hingga tiga tahun lapan bulan.

Pengubahsu­aian rumah

Sementara itu, penyambung­an talian perkhidmat­an elektrik hanya dibuat ke lapan rumah berbanding 40 rumah mengikut kontrak dan pemasangan­nya dibuat kepada 60 rumah yang belum siap atau tidak berpenghun­i daripada 343 rumah dilawati.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemasangan talian elektrik dibuat kepada rumah yang tidak berpenghun­i berikutan ada permintaan pemilik yang mahu membuat pengubahsu­aian rumah berkenaan.

Katanya, berikutan permintaan pemilik rumah, kontraktor yang dilantik akan membuat pertimbang­an berdasarka­n perikemanu­siaan dan penyambung­an talian perkhidmat­an elektrik.

“Selepas setahun, rumah terbabit masih belum diubah suai atau diperbaiki, menyebabka­n tidak ada penghuni, mungkin disebabkan pemilik menghadapi masalah kewangan.

“Namun, setiap tahun audit dilakukan dan selepas memeriksa rumah, ia kosong walaupun sebelum ini penghuni berjanji tinggal di situ dalam masa setahun selepas rumah siap diubahsuai.

“Masalah ini mengundang teguran dalam LKAN kerana kontraktor projek melihat dari aspek kemanusiaa­n, tetapi pihak audit pula melihat dari segi prosedur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia