Berita Harian

NCC galak inovasi generasi muda

SK Jasin bina aplikasi bagi merekodkan dan analisis perbelanja­an

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Tiga kumpulan masing-masing dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jasin, Melaka; SK Taman Tampoi Utama, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Kota Kinabalu, Sabah dinobatkan juara bagi kluster Immersion, Alumni dan Hackathon peringkat kebangsaan National (NCC), di sini, kelmarin.

Pelajar membabitka­n tiga kumpulan iaitu Nur Auni,

4 dan itu berjaya menghasilk­an aplikasi menerusi pengekodan membabitka­n web Teman Kewangan Peribadi, aplikasi seni mempertaha­nkan diri dan Traxe (mencari lokasi gimnasium berhampira­n dengan harga berpatutan).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyampaik­an pingat kepada kumpulan yang memenangi NCC 2017 di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Ampangan, Seremban, semalam.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Kelmarin, tiga pasukan itu masing-masing membawa pulang cek RM4,000, barangan elektronik berserta sijil yang disampaika­n oleh Dr Aminuddin.

Program Coding@schools adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan diselarask­an oleh Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pengisian program dan pelaksanaa­nnya dikendalik­an oleh Startupmal­aysia.org.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia