Berita Harian

Kerjasama ASEAN tangani Daesh dikagumi

Hubungan Malaysia, Indonesia, Filipina turut dapat perhatian pada sidang kemuncak di Arab Saudi

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohmanwan

Kerjasama Malaysia-indonesia-filipina menangani ancaman militan Daesh di rantau ini, dikagumi menteri pertahanan yang menghadiri sidang kemuncak Gabungan Tentera Islam Menangani Keganasan di Arab Saudi, minggu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata sidang kemuncak itu turut mengagumi kerjasama dan kemampuan negara ASEAN menangani ancaman Daesh, atas inisiatif Malaysia dua tahun lalu.

“Mereka mengagumi Malaysia, Indonesia dan Filipina, bagaimana negara berbeza ini dapat bekerjasam­a dalam aspek keselamata­n menangani ancaman Daesh.

“Semua 40 menteri pertahanan yang hadir, kagum bagaimana 10 negara ASEAN bersatu bertekad menghadapi ancaman Daesh walaupun mempunyai kepelbagai­an bangsa, agama dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual media mengupas isu berkaitan UMNO menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO 2017, minggu depan, di Kementeria­n Pertahanan, semalam.

Hubungan bantu pasukan keselamata­n

Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata, langkah Malaysia menjalin kerjasama ketenteraa­n dan maklumat risikan dengan negara besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China bukan bertujuan menggadaik­an maruah serta kedudukan negara.

Sebaliknya, kata beliau, ia membantu pasukan keselamata­n dan agensi risikan mendapatka­n maklumat berkaitan pergerakan serta ancaman pengganas Daesh Menteri Pertahanan yang dilaporkan sedang bergerak keluar dari Syria dan Iraq untuk pulang ke negara masing-masing.

“Sebab itu, saya berharap hubungan kita dengan negara besar membantu mendapatka­n maklumat terkini dan memastikan kedaulatan negara dapat dipertahan­kan. Kita bukan gadai kedudukan dan maruah negara,” katanya.

Diancam Daesh

Katanya, beliau turut menerangka­n kepada menteri pertahanan negara Islam lain, bahawa Malaysia dan rantau ini tidak terkecuali daripada ancaman Daesh seperti dapat disaksikan di Marawi, Filipina.

“Dalam penerangan itu, semua memahami kita mesti bersama berdepan musuh, Daesh.

“Kita berharap mereka berkongsi pengalaman dengan kita supaya apa yang terjadi di sana, tidak berlaku di sini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia