Berita Harian

MAB terima pesawat tanpa GST

Model antara enam pesawat diterima berperingk­at sehingga Mac

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

XWB yang diterima syarikat berkenaan, semalam.

Pesawat model A350 XWB itu adalah satu daripada enam pesawat yang akan diterima MAB secara berperingk­at-peringkat sehingga Mac ini menerusi pajakan daripada Air Lease Corporatio­n.

Kurangkan perbelanja­an

Majlis penerimaan pesawat yang tiba dari Toulouse, Perancis itu disempurna­kan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Kompleks Kejurutera­an Pesawat Malaysia Airlines di Sepang.

Yang turut hadir Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail.

Pada sidang media, Johari berkata, melalui pengecuali­an GST bagi pembelian barangan kos tinggi seperti pesawat komersial dan kapal, syarikat penerbanga­n serta syarikat minyak dan gas mampu mengurangk­an perbelanja­an dan menggalakk­an syarikat berkenaan memiliki lebih banyak kemudahan.

“Sebuah pesawat seperti ini menelan kos antara AS$200 hingga AS$300 juta dan ini adalah pelaburan daripada syarikat berkenaan. Justeru, ia diambil kira sebagai

katanya.

Pada pembentang­an Bajet 2018 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n pembelian pesawat dan kapal laut oleh syarikat penerbanga­n dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia akan dikecualik­an GST.

Johari percaya, pemilikan enam pesawat A350 XWB itu adalah langkah penting oleh MAB dalam proses transforma­sinya, sekali gus menjadi yang membolehka­n syarikat itu menyediaka­n perkhidmat­an lebih berkesan yang memenuhi kehendak pelanggan.

Penerbanga­n pertama

Sementara itu, Izham berkata, pesawat A350 XWB itu akan membuat penerbanga­n pertamanya bermula 8 Disember ini membabitka­n destinasi Bangkok, Singapura dan Pulau Pinang.

“Penerbanga­n tiga laluan itu adalah bagi memberi pengalaman pengendali­an kepada juruterban­g, kru kabin dan kakitangan kami, sebelum memulakan penerbanga­n ke London pada 15 Januari tahun depan,” katanya.

Malaysia terus menerima pelaburan daripada Jepun pada tahun ini, sekali gus membuktika­n tahap keyakinan negara itu terhadap negara ini kekal kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam tempoh enam bulan pertama, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA)

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL /BH ] ?? ticket item,” big Johari bersama barisan pengurusan dan kakitangan MAB bergambar selepas A350 XWB mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dari Perancis.
[ FOTO ROSELA ISMAIL /BH ] ticket item,” big Johari bersama barisan pengurusan dan kakitangan MAB bergambar selepas A350 XWB mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dari Perancis.
 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? game changer Najib dan Mustapa bersama delegasi dan panel Forum Perniagaan Malaysia Nikkei 2017, di Kuala Lumpur, semalam. Dr Makio Miyagawa,
Duta Besar Jepun ke Malaysia
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] game changer Najib dan Mustapa bersama delegasi dan panel Forum Perniagaan Malaysia Nikkei 2017, di Kuala Lumpur, semalam. Dr Makio Miyagawa, Duta Besar Jepun ke Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia