Berita Harian

Jepun yakin ekonomi Malaysia

10 syarikat labur RM559 juta dalam 16 projek sehingga Jun

- Oleh Azzman Abdul Jamal

sudah meluluskan 16 projek pembuatan daripada Jepun bernilai RM559 juta hasil daripada pelaburan 10 syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia.

“75 peratus daripada pelaburan itu adalah untuk pengembang­an dan mempelbaga­ikan projek daripada syarikat Jepun yang beroperasi di negara ini.

Lokasi utama perniagaan

“Pelaburan semula itu menunjukka­n tahap kepercayaa­n dan keyakinan mereka terhadap Malaysia sebagai lokasi utama untuk melakukan perniagaan,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia Nikkei 2017, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa; Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dan Pengarah Pengurusan Kanan Nikkei Inc, Hirotomo Nomura.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Jepun memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n ekonomi Malaysia selepas menjadi antara empat pelabur asing utama di negara ini sejak 1980an.

“Dari segi saham pelaburan langsung asing (FDI), Jepun kekal menjadi pelabur asing kedua terbesar di negara ini selepas Singapura dengan nilai pelaburan berjumlah RM70 bilion sehingga September lalu.

“Jepun juga adalah sumber utama terhadap FDI di Malaysia dalam sektor pembuatan. Sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,621 projek dilaksanak­an dengan nilai pelaburan berjumlah RM88.5 bilion.

“Semua projek itu, sekali gus memberi manfaat terhadap rakyat Malaysia menerusi tawaran peluang pekerjaan kepada 340,000 orang. Kehadiran pelaburan daripada Jepun kukuh, terutama dalam produk elektronik, bahan kimia, barangan pengangkut­an dan produk besi asas,” katanya.

25 peratus pilih Malaysia

Sementara itu, Mustapa berkata, hasil daripada kaji selidik yang dijalankan Nikkei terhadap pelabur Jepun, 25 peratus daripada mereka merancang untuk melabur di Malaysia tempoh satu tahun akan datang.

“13 peratus pelabur dari Jepun yang mengambil bahagian menyatakan hasrat untuk melabur di negara ini dalam tempoh tiga tahun, manakala lima peratus lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ini menunjukka­n keyakinan pelabur Jepun terhadap Malaysia sebagai hab perniagaan utama rantau ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia