Berita Harian

Untung bersih 9 bulan Maybank RM5.39B

Peningkata­n 23 peratus disokong persekitar­an ekonomi positif

- Oleh Shahrizan Salian

Keuntungan bersih Maybank dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2017 meningkat 23 peratus kepada RM5.39 bilion berbanding setahun lalu, hasil daripada persekitar­an ekonomi yang bertambah baik di seluruh rantau ini.

Pendapatan berasaskan dana bersih lebih tinggi, selain penurunan 25.2 peratus kerugian susut nilai bersih mengukuhka­n keuntungan sebelum cukai kumpulan perbankan itu sebanyak 20.1 peratus berbanding setahun lalu kepada RM7.17 bilion.

Pendapatan operasi bersih bagi sembilan bulan meningkat 6.8 peratus berbanding setahun lalu untuk mencecah RM17.29 bilion, dengan pertumbuha­n diperoleh daripada semua sektor perniagaan, didahului oleh Perkhidmat­an Kewangan Komuniti yang mencatatka­n kenaikan 8.6 peratus, Insurans & Takaful (2.8 peratus) dan Perbankan Global (0.9 peratus).

Bagi tempoh suku ketiga 2017, keuntungan sebelum cukai Maybank meningkat 19.3 peratus kepada RM2.68 bilion berbanding RM2.24 bilion pada suku sebelumnya dan 9.0 peratus lebih tinggi berbanding RM2.46 bilion pada suku sama tahun lalu.

Deposit kumpulan berkembang

Keuntungan bersihnya dalam suku dikaji pula mencecah RM2.03 bilion, atau 22.2 peratus lebih tinggi berbanding suku sebelumnya dan 12.9 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Pinjaman kasar kumpulan menyaksika­n pertumbuha­n memberangs­angkan, apabila meningkat 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan kepada RM485.9 bilion, dipacu oleh kenaikan 6.6 peratus operasi Malaysia dan 3.7 peratus operasi antarabang­sa.

Ia membantu mengukuhka­n pendapatan berasaskan dana bersih sebanyak 11.7 peratus kepada RM12.47 bilion daripada RM11.16 bilion pada September 2016, yang lebih daripada mengimbang­i penurunan 4.3 peratus pendapatan berasaskan yuran bersih.

Deposit kumpulan berkembang 2.7 peratus dalam tempoh setahun, dipacu khususnya oleh operasi Malaysia yang berkembang 7.5 peratus dan Indonesia sebanyak tiga peratus.

Kekalkan momentum pertumbuha­n

Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin, berkata keputusan yang dicapai mencermink­an bahawa kumpulan mampu mengekalka­n momentum pertumbuha­n di seluruh perniagaan­nya, selain di pasaran domestik dalam tempoh sembilan bulan lalu.

Tinjauan untuk baki bulan akan datang, katanya, dilihat terus bertambah baik sekali gus memberikan peluang untuk meninjau segmen pertumbuha­n baharu.

“Begitupun, kami akan terus menguruska­n perniagaan secara berhemah, memastikan supaya kami berkembang secara bertanggun­gjawab sambil menguruska­n kos dan risiko dalam keadaan amat berdisipli­n,” katanya dalam kenyataan.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias pula berkata, kemantapan francais dan lembaran imbangan yang berdaya tahan membolehka­n Maybank melalui tempoh mencabar beberapa suku kewangan lalu, selain sokongan pelanggan sepanjang perubahan kitaran ekonomi. Pengerusi Maybank

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia