Berita Harian

MTS 950 jentera hebat

Pesona, kuasa jangkaui tanggapan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Apabila ‘mengopi’ pasal motosikal pilihan hati, sampai ayam jantan berkokok menjelang Subuh pun belum tentu habis. Mana tidaknya, keputusan menyunting jentera terbaik bukan percaturan mudah kerana ia mesti laju, senang menyelit, kena harganya dan berat pula janganlah sampai nak terputus urat apabila mahu mengalih tongkat.

Belum lagi cerita bab kaki tidak jejak tanah kerana masa lah ini sering menghantui rider yang mula mahu berjinak dalam dunia permotoran, namun mempunyai kekurangan faktor fizikal. Meskipun ‘otai’ sering kata, tukar motosikal macam salin baju ini asam garam seorang rider, tetapi ada yang berhasrat sebuah jentera sebagai peneman abadi.

Borak kosong yang lazim kedengaran di kedai kopi ini tidak berhenti berlegar di fikiran ketika Naib Presiden II Next Bike Sdn Bhd, Fazli Hisyam, berkata: “Jentera Ducati Multistrad­a 950 adalah My

Kapasiti 937cc

Bagi merasai sendiri pesona dan kehebatan jentera Itali yang mempunyai sesaran enjin 937cc berteraska­n silinder Ltwin Testastret­ta ini, penulis dan enam lain rakan media dibawa menyertai perkhemaha­n Ducati Multistrad­a 950, kendalian Big Boys Adventure selama dua hari.

Merentas laluan sejauh 255 kilometer, iaitu dari ibu pejabat Ducati, Petaling Jaya ke Caravan Serai, Bentong, Pahang, sudah cukup memberi mukadimah terbaik untuk menyingkap sisi sebenar Multistrad­a 950 yang selama ini dikatakan ‘adik’ Multistrad­a 1200.

Cabaran yang ditempuh pada hari pertama tidak sukar kerana laluan dari Petaling Jayagentin­g hampir sinonim kepada penulis, namun rasa kekok menjinakka­n jentera dengan kuasa kuda 113bhp ini sukar disangkal.

Menggunaka­n mod touring, ‘kuda’ merah ini melangkaui jangkaan awal penulis apabila selekoh panjang Lebuhraya Karak direntasi penuh bergaya, malah cengkaman tayar Pirelli Scorpion Trail II (depan 120/70, belakang 170/60) cukup ‘menggigit’.

Saat pendikit diperah ketika menghampir­i alur keluar selekoh memberi kuasa yang santai dan tidak keterlalua­n, sekali gus menyuntik keyakinan penulis meneroka kemampuan Multistrad­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia