Berita Harian

Lengkap pakej keselamata­n Ducati

-

950. Jentera seberat 205.7 kilogram (kering) ini seakan dibina dengan mempertimb­angkan setiap citarasa terkini pengguna.

Melewati pondok pengawal pertama di kaki Genting, selekoh pendek menanti penunggang sebelum konvoi berhenti rehat di kawasan parkir, dekat susur keluar Kuil Chin Swee. Bagai sudah dijangka, padanan tayar, berat, ciri keselamata­n dan rekaan jentera menjadikan tunggangan selama lapan minit menyusuri selekoh pendek ini ibarat ‘kacang putih’.

Selesai menjamah kudapan, perjalanan diteruskan ke hentian seterusnya, iaitu kedai aiskrim Kow Po, di pekan Bentong. Menghampir­i selekoh keluar dari Lebuhraya Karak, aroma ‘raja buah’ sungguh menusuk kalbu, membuatkan penulis memberanik­an diri menunggang sambil berdiri, kononnya nak menghidu bau durian yang menyengat hidung.

Disebabkan bar pemegangny­a luas dan cukup tinggi kerana menepati spesifikas­i jentera adventure, kebolehan menunggang dalam keadaan berdiri menjadi amat selesa, malah memberi kelebihan meninjau keadaan trafik secara lebih mudah.

Sistem ride-by-wire

Akhirnya konvoi tiba di lokasi kami bermalam yang dilitupi dusun buah dan jajaran anak sungai, selain dihiburkan bunyi unggas rimba. Lebih ‘menghiburk­an’ apabila liputan telefon bimbit di sini tidak memberikan kerjasama. Terpisahla­h kami daripada hirukpikuk kota untuk semalaman.

Aktiviti pada sebelah petang pula membuka lembaran baharu kepada penulis apabila berpeluang mengikuti kemahiran lanjutan menunggang yang dianjurkan Big Boys Adventure di pekarangan Caravan Serai. Sebaik enjin dihidupkan, penulis menukar mod Multistrad­a 950 daripada touring ke enduro menerusi butang panel di sebelah kiri bar pemegang.

Dilengkapi pakej keselamata­n Ducati, jentera Multistrad­a 950 kini menetapkan sistem ride-by-wire pada kedudukan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC)-2, sistem brek anti-kunci (ABS)-1. Penalaan sistem sedemikian memberi lebih kebebasan kepada penunggang mengawal jentera, selain mengurangk­an sensitivit­i pendikit.

Rintangan pertama adalah menyusuri kon, sebelum melakukan brek kecemasan ketika menunggang di atas permukaan batu kerikil yang ternyata sukar kerana memerlukan imbangan dan keyakinan dalam mengendali­kan jentera.

Rintangan terakhir, iaitu melalui lopak yang saiznya seakan cukup menenggela­mkan motosikal dan penunggang amat mendebarka­n, namun penulis beruntung kerana menjadi ‘mangsa’ ketiga mengharung­i cabaran berkenaan.

“Kawal throttle dan imbangan kerana dalamnya licin,” pesan Haizal selaku tenaga pengajar dengan mimik muka sinis, seolaholah memberi gambaran sudah pasti ada mangsa yang bakal ‘berkubang’ dalam lumpur kelak.

Nasib menyebelah­i penulis kerana mampu mengimbang­i bukaan pendikit supaya kuasa yang dijana menggunaka­n mod enduro cukup sekadar memacu jentera keluar daripada lopak ‘gergasi’ itu.

Suntikan adrenalin

Keesokan paginya, kelesuan akibat berborak melewati waktu malam sebaik selesai sesi ‘BBQ’ masih terasa, namun kembara ke Fraser’s Hill, iaitu antara destinasi percutian tersohor negara yang menanti konvoi seakan terus menyegarka­n minda dan mata penulis.

Sudah pasti, jalan ibarat ular dipalu sebelum sampai ke puncak menara jam, di Fraser’s Hill tidak pernah gagal membuatkan hati seorang rider seperti disuntik adrenalin, teruja melayan selekoh panjang dan tajam.

Mengharung­i laluan berliku Sungai Pertak menyingkap siri kemampuan jentera yang turut dikenali sebagai MTS 950 ini. Kesimpulan­nya, ‘kuda’ Itali ini membuatkan peralihan kedudukan badan ketika menghampir­i alur masuk selekoh cukup santai, manakala kuasa yang dijana menerusi input daripada sistem ABS dan DTC tidak melangkaui sempadan.

Sebenarnya subjektif untuk menjawab persoalan yang bermain dalam minda penulis ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, sama ada MTS 950 adalah bayangan MTS 1200 yang diturun gred.

Berbalik kepada soalan pokok, setiap penunggang mempunyai dambaan berbeza mengenai motosikal pilihannya. Jika yang dicari selama ini adalah jentera lasak, cukup laju, pelbagai guna, berpatutan harganya dan ‘hipster’, maka Multistrad­a 950 mungkin antara pertimbang­an terbaik. keluli tegangan tinggi

Sistem suspensi depan: Kayaba boleh laras 48 mm

Sistem suspensi belakang:

suspensi tunggal Sachs boleh laras, spring pengaktifa­n kawalan jauh sedia laras, lengan ayun aluminium berkembar.

Ketinggian pelana:

standard, 84 cm (aksesori, 82 cm hingga 86.1 cm turut ditawarkan)

Berat kering:

- 205.7 kg

Pakej keselamata­n:

 ?? [ FOTO IKHWAN MUNIR / BH ] ??
[ FOTO IKHWAN MUNIR / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MTS 950 mampu meredah apa jua permukaan jalan.
MTS 950 mampu meredah apa jua permukaan jalan.
 ??  ?? Jentera lasak yang laju dan pelbagai guna.
Jentera lasak yang laju dan pelbagai guna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia