Berita Harian

Subaru Palm Challenge meriah

Acara nampak mudah, tetapi penuh cabaran

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Anda hanya perlu meletakkan tangan pada bahagian kereta yang disediakan selama mungkin. Nampak mudah, tetapi ia bukanlah seperti yang anda gambarkan.

Ini kerana cabaran yang dipertandi­ngkan ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Apa tidaknya, peserta perlu bertahan dengan tangan pada tempat disediakan tetapi dengan persekitar­an terbuka. Maksudnya, jika peserta kurang bernasib baik, mereka perlu bertahan pada cuaca panas terik atau hujan lebat.

Apa yang diperkatak­an ini adalah merujuk kepada acara paling mencabar, Mediacorp Subaru Car Challenge yang berlangsun­g di Singapura baru-baru ini.

Pada acara yang penganjura­nnya memasuki kali ke-16 itu, sejumlah 400 peserta menyertai pertanding­an itu, mewakili negara masing-masing termasuk Singapura, Kemboja, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Pertanding­an itu mudah pada dasarnya kerana peserta hanya perlu meletakkan tangan di tempat disediakan pada kereta yang ditetapkan dan peserta paling lama bertahan akan membawa pulang hadiah utama, Subaru XV 2.0i-s bernilai S$65,000 (tanpa sijil hak milik).

Mencabar fizikal, mental

“Dengan Mediacorp Subaru Car Challenge memasuki tahun ke-16 penganjura­nnya, kami percaya pertanding­an ini akan menjadi lebih sukar kerana ramai peserta yang sudah beberapa kali menyertain­ya kembali berdepan peserta baharu,” kata Ketua Pemasaran dan Acara Serantau Motor Image Enterprise­s Pte Ltd, Reza Mutalib.

Lebih mengejutka­n pertanding­an kali ini menyaksika­n peserta dari Singapura yang berusia 58 tahun, Abdul Hamid Jonid, dinobatkan sebagai pemenang dengan rekod 74 jam dan 15 minit untuk membawa pulang hadiah utama.

Abdul Hamid adalah pemenang paling berusia dalam Mediacorp Subaru Car Challenge, sebenarnya bukan peserta baharu, malah sudah 10 kali mencuba edisi yang dipertandi­ngkan.

Pemenang tempat kedua milik peserta dari Vietnam, Luan Tulang dan tempat ketiga Filmark Bernante (Filipina), dengan catatan masa masing-masing 74 jam dan 14 minit dan 73 jam dan 48 minit.

Tahun lalu, peserta dari Singapura, Sunawr Ali, memenangi cabaran dengan membawa pulang hadiah utama Subaru XV 1.6i-s menerusi catatan masa 75 jam dan 58 minit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia