Berita Harian

Beli Nissan, menang percutian ke Croatia

-

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar eksklusif kenderaan Nissan di Malaysia melancarka­n satu kempen sepanjang bulan lalu, bagi menawarkan pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan peluang memenangi percutian bertemakan Star Wars: The Last Jedi ke Crotia.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christophe­r Tan, berkata sempena tayangan pembukaan Disney Malaysia untuk filem Star

di Malaysia pada 14 Disember ini, ETCM akan mengadakan satu kempen promosi menarik yang menampilka­n teknologi Nissan Intelligen­t Mobility daripada model terlarisny­a.

Katanya, kempen itu menjadi satu platform untuk ETCM dan Nissan untuk memberi keterujaan kepada peminat Star Wars dan Nissan Intelligen­t Mobility tempatan.

Penghargaa­n kepada pelanggan

“Selain percutian itu, pelanggan turut berpeluang memenangi beg galas Star Wars eksklusif, selain tayangan khas dan pas wayang Star

di samping promosi hebat model Nissan sepanjang bulan ini.

“Kempen ini adalah cara terbaik untuk kami menyatakan penghargaa­n kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nissan adalah rakan automotif rasmi bersama Disney Malaysia untuk filem globalnya, Star Wars: The Last Jedi.

Penjimatan hingga RM6,500

Kenyataan itu berkata, pelancaran kempen itu akan diadakan pada acara Malaysia Autoshow 2017 anjuran Institut Automotif Malaysia (MAI) di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang bermula 9 hingga 12 November.

“Sepanjang tempoh kempen berkenaan, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM6,500 ditawarkan ke atas beberapa model terpilih Nissan. Promosi RM1 juga diteruskan ke atas pakej aksesori premium dan rebat sehingga RM4,500 diberikan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Nissan di www.nissan.con.my atau menghubung­i pusat khidmat pelanggan Nissan ETCM di talian 1800883838. 11 - 12 November - Sarawak - ETCM Kuching

17 - 18 November - Sarawak - ETCM Bintulu

17 - 18 November - Timur - Aeon Kota Bahru

18 - 19 November - Tengah ETCM - Petaling Jaya

18 - 19 November - Selatan - ETCM Johor Jaya

18 - 19 November - Selatan - ETCM Semabok

18 - 19 November - Utara - ETCM Ipoh

18 - 19 November - Utara - ETCM

Pulau Pinang, Weld Quay

18 - 19 November - Sabah - ETCM Kota Kinabalu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia