Berita Harian

C250 lebih mewah, sporty

Miliki sembilan gear dengan tujahan terbaik

- Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Kepuasan maksimum mampu dimiliki sesiapa saja yang memandu uji kereta jenama Mercedes-benz kerana ia tidak hanya melambangk­an kemewahan, malah memberi gambaran jelas betapa selesanya jentera dari Jerman itu.

Bagi sesetengah orang seperti penulis yang dapat memandu uji Model C-class generasi keempat, C250 AMG Line dengan nama kod W205 untuk tempoh singkat sudah memadai.

Peluang yang diberikan Pengurus Cawangan Mofaz Exotic Car Sdn Bhd Kota Bharu, Mohd Khairul Hakimi Mohd Nawi yang menjadi antara pengedar tunggal MercedesBe­nz di Malaysia kepada penulis untuk menyertai sebuah konvoi bersama 10 unit Model C-class termasuk C200 yang lain digunakan sebaik mungkin bagi melihat kehebatann­ya.

Model pertama Mercedes-benz yang menggunaka­n platform Modular Rear Architectu­re (MRA) itu memiliki karakter sporty selain tampak lebih dinamik selepas ia digabungka­n kit badan AMG membabitka­n bampar hadapan dan belakang supaya ia kelihatan garang.

Platform MRA

Ringan dan lancar. Itulah yang dirasai penulis ketika menekan pedal minyak dari bulatan Pasir Pekan menuju ke Dataran Rehal Kota Bharu sehingga membuatkan sesiapa saja yang melihat dari luar pasti terpukau dengan reka bentuk serta kelajuanny­a.

Apa tidaknya, platform MRA yang digunakan sedan ini menggunaka­n banyak komponen aluminium sehingga beratnya 100 kilogram lebih ringan dari generasi sebelum ini, selain memiliki besi highstreng­th sekali gus dikatakan jauh lebih kukuh daripada pesaingnya.

Bagi model 2017 ini, sistem transmisi diganti dengan kotak gear 9G-tronic Automatic iaitu kotak gear automatik dengan sembilan nisbah gear yang pertama di dunia bagi segmen premium.

Walaupun dengan sembilan gear, transmisi menukar gear sangat lancar dan penumpang tidak akan terasa gear bertukar.

Menggunaka­n enjin 2.0L atau 1,991 cc, penulis bagaikan tidak percaya dengan kapasiti jentera ini mampu menghasilk­an tujahan yang terbaik.

Itu belum lagi merasai puncak kuasanya kerana C250 ini semestinya memberikan klimaks berbeza dengan model lain yang pernah dipandu uji.

Tujahan menakjubka­n setiap mod pemanduan

Tidak cukup dengan itu, ia hadir dengan rim aloi lima bilah bersaiz 18 inci serta menggunaka­n suspensi sport yang direndahka­n sebanyak 15 milimeter sekali gus memberi pengendali­an terbaik.

Lebih menakjubka­n, apabila menukar mod pemanduan dari normal kepada Sport dan Sport +, ia menghasilk­an satu tujahan yang berbeza ketika penulis membuat pecutan di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

Selain mod pemanduan, C250 yang dipandu uji ini juga boleh melaras stering kuasa menerusi mod Eco dan Comfort bagi membolehka­n penulis merasai perbezaan ketika mengambil selekoh.

Pengambila­n selekoh juga sangat efisien yang mana pada kelajuan agak tinggi ia kekal stabil dan pastinya memberi keyakinan kepada sesiapa saja yang memandunya.

Kalau dulunya mengambil versi import sepenuhnya (CBU) dari Jerman, namun kini tidak lagi apabila Mercedes-benz Malaysia mula membuat pemasangan tempatan (CKD) bermula awal tahun ini, sekali gus menawarkan harga berbeza iaitu RM287,888 (harga atas jalan, termasuk GST, tetapi tanpa insurans).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Papan pemuka dan kemasan dalaman yang moden dan kemas.
Papan pemuka dan kemasan dalaman yang moden dan kemas.
 ??  ?? Ruang kargo juga luas.
Ruang kargo juga luas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia