Berita Harian

Subaru XV ke pasaran tempatan

Model baharu tawar prestasi mantap, jimat bahan api

- Oleh Azzman Abdul Jamal

TC Subaru Sdn Bhd (TC Subaru), pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia melancarka­n varian Subaru XV

Pure White,

Crystal Black Silica baharu yang menawarkan prestasi mantap, di samping penjimatan bahan api yang cekap.

Ditawarkan dengan dua varian, iaitu Subaru XV 2.0i dan 2.0ip, ia masingmasi­ng dijual pada harga jualan tanpa insurans bermula dari RM118,819 dan RM 125,868 di Semenanjun­g.

Kedua varian itu dikuasakan enjin petrol baharu 2.0 liter suntikante­rus empat silinder serta mampu menghasilk­an kuasa sehingga 154 kuasa (hp) pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm.

Ia dipadankan bersama transmisi Lineartron­ic CVT, iaitu 7.8 kilogram (kg) lebih ringan berbanding model XV sebelumnya serta merangkumi ‘autostep shift control’ dan mod manual tujuh kelajuan untuk kawalan lebih mantap.

Guna Platform Global Subaru

Ia mampu mencapai kelajuan maksimum pada 194 kilometer sejam (km/j) dengan catatan 0 hingga 10km dengan 10.4 saat, manakala penggunaan bahan api kombinasi dianggarka­n 7.3 liter bagi setiap 100km.

Ketua Eksekutif TC Subaru, Reza Mutalib, berkata model baharu itu turut disertakan sistem Symmetrica­l AWD standard serta dilengkapi dengan modx untuk kawalan lebih baik dan stabil, terutama di permukaan jalan tidak rata.

“Ia juga model kedua menggunaka­n Platform Global Subaru, sekali gus menghasilk­an prestasi lebih baik berbanding model sebelumnya.

“Dari segi keselamata­n, model baharu ini mempunyai tujuh beg udara berbanding dua yang ada pada model sebelumnya, serta sistem ABS dengan EBD, dan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, dari segi luaran, model spesifikas­i tertinggi dilengkapi dengan lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED berbentukc, garisan cermin krom dan rel bumbung bersama perak.

“Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, rel bumbung, spoiler bumbung, antena shark fin serta roda aloi duatina 17inci yang dibaluti tayar 225/60R17,” katanya.

Elemen lain yang disertakan termasuk sistem kunci kawalan jauh, butang penghidup enjin, akses kod PIN, sistem pendingin hawa automatik dengan penapis antihabuk, pedal penukar gear dan kawalan kelajuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia