Berita Harian

FBM KLCI susut 2.52 mata

Sentimen pasaran lemah bendung minat risiko pelabur

-

bilion unit bernilai RM6.03 bilion berbanding 1.96 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Rabu.

Peniaga berkata, walaupun ba nyak keputusan pendapatan korporat mencatat kedudukan yang positif, namun minat dalam pasaran diselubung­i perkembang­an yang tidak menguntung­kan di luar negara yang mendorong pelabur untuk memperkuku­h kedudukan.

Beliau berkata, sentimen itu dipengaruh­i oleh penutupan pasaran saham Amerika Syarikat yang bercampurc­ampur, yang menyaksika­n pelabur membuat keuntungan awal dalam saham teknologi, selain data perkilanga­n China yang meningkat.

“Kami tidak mempunyai faktor utama yang dapat meningkatk­an Bursa Malaysia, walaupun pe misahan cabang perladanga­n dan hartanah Sime Darby Bhd, juga tidak cukup menarik untuk meningkatk­an momentum,” katanya.

Sime Darby Bhd susut 58 sen kepada RM5.01 dan Sime Darby Property turun 30 sen kepada RM1.20. Keduadua saham ini menyumbang wajaran indeks kom posit (CI) masingmasi­ng sebanyak 3.763 peratus dan 1.01.

Sime Darby Bhd, yang menyumbang 6.018 peratus wajaran CI dan adalah saham paling aktif didagangka­n, naik 50 sen kepada RM2.35 dengan 124.72 juta saham diniagakan.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga menokok enam sen kepada RM15.46, CIMB naik 11 sen kepada RM6.05, manakala Maybank, yang mencatatka­n keputusan suku ketiga yang kukuh hari ini, menambah lima sen kepada RM9.25 de ngan 62.09 saham diurusniag­akan.

Public Bank bagaimanap­un turun 36 sen kepada RM19.90 dan Petronas Chemicals susut tujuh sen kepada RM7.40.

Bagi saham aktif, Press Metal menokok 11 sen kepada RM5.20, SP Setia menambah tujuh sen kepada RM3.49, manakala Trive Property menokok setengah sen kepada enam sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 8.81 mata kepada 12,408.31, Indeks FBMT 100 naik 13.07 mata kepada 12,069.46, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 9.44 mata kepada 12,920.15 manakala Indeks FBM 70 meningkat 130.37 mata kepada 15,440.48.

FBM Ace bagaimanap­un susut 84.74 mata kepada 6,311.63.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 21.44 mata kepada 15,926.33, Indeks Perladanga­n naik 18.73 mata kepada 7,894.19, manakala Indeks Perusahaan melonjak 79.71 mata kepada 3,172.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.83 bilion unit bernilai RM5.94 bilion berbanding 1.38 bilion unit bernilai RM2.7 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 348.22 juta saham bernilai RM63.38 juta berbanding 364.92 juta saham bernilai RM69.59 juta semalam.

Jumlah waran meningkat kepada 287.43 juta unit bernilai RM26.37 juta berbanding 207.03 juta unit bernilai RM26.66 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 94.21 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustr­ian (354.07 juta), pembinaan (66.62 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (645.21 juta), teknologi (143.15 juta), infrastruk­tur (23.23 juta), SPAC (1.51 juta ), kewangan (162.73 juta), hotel (399,800), hartanah (245.82 juta), perladanga­n (76.48 juta), perlombong­an (86,600), REIT (14.15 juta) dan dana tertutup (17,000).

Bursa Malaysia dan anak syarikatny­a hari ini, sempena sambutan Maulidur Rasul. Dagangan saham akan disambung pada 4 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia