Berita Harian

Polis lepaskan 9 das tembakan halang kereta

-

Kuala Lumpur: Seorang lelaki enggan memberhent­ikan kenderaann­ya walaupun dikejar hampir 10 kilometer hingga memaksa polis melepaskan sembilan das tembakan dalam kejadian di Flet Taman Desa Ria, Taman Medan, Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Sebelum itu, anggota peronda MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s menemui sebuah Proton Persona berwarna perak dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu, dipandu dalam keadaan mencurigak­an ketika melakukan rondaan di hadapan Scott Garden, Jalan Klang Lama, dekat sini, jam 4.25 pagi.

Anggota polis kemudian mengarahka­n suspek memberhent­ikan kenderaann­ya bagi pemeriksaa­n, namun tidak diendahkan, sebaliknya terus memecut menghala Jalan Puchong hingga ke Flet Taman Desa Ria.

Pada masa sama, dua MPV dari Balai Petaling dan IPD Petaling Jaya dihubungi bagi meminta bantuan mengejar suspek.

Buru suspek

Setibanya di Flet Taman Desa Ria, kenderaan suspek melanggar sebuah daripada MPV polis yang mengepungn­ya, selain beberapa kenderaan awam yang diletakkan di situ, menyebabka­n anggota melepaskan tembakan ke arah tayar keretanya.

Suspek akhirnya memberhent­ikan kenderaan dan melarikan diri ke arah Tanah Perkuburan PJS 4 dekat Taman Indah, tidak jauh dari kawasan flat itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata usaha memburu suspek masih giat dilakukan dan unit anjing pengesan berada di lokasi bagi melakukan siasatan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kenderaan itu dicuri dan dilaporkan hilang di Subang Jaya pada 2015.

“Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti suspek dan motif dia melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kejadian menggempar­kan penduduk di kawasan itu yang turut memuat naik video aksi polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia