Berita Harian

Wanita disyaki curi barang kemas ibu kena tahan

Mangsa lapor polis selepas jumpa surat pajak gadai RM6,000

- Oleh Norizzah Baharudin

Seorang wanita ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas milik ibunya bernilai RM6,000 di rumah mereka di Kampung Simpang Pantai, Merlimau, di sini, minggu lalu.

Penahanan suspek berusia 44 tahun bersama rakannya berusia 20 tahun pada jam 2 petang Khamis lalu itu dibuat selepas polis menerima laporan dibuat ibunya yang menjumpai surat pajak gadai.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superinten­dan Arshad Abu, berkata susulan penahanan itu polis merampas dua gelang emas, seutas rantai tangan dan sepasang anting-anting di sebuah kedai pajak gadai di Bandar Hilir di sini.

“Tangkapan dilakukan hasil laporan ibu suspek berusia 58 tahun yang menemui surat pajak gadai berkenaan di bilik tidur anaknya, selain menyedari suspek tidak pulang ke rumah dan tinggal bersama rakan.

Anak mengaku curi

“Siasatan awal mendapati, suspek yang juga ibu tunggal dan tidak bekerja itu mengaku mencuri serta menggadaik­an barang kemas milik ibunya bagi memperoleh wang pajakan RM5,600 digunakan untuk keperluan sendiri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Arshad berkata, polis turut menahan seorang wanita berusia 41 tahun selepas dipercayai mencuri dan menggadaik­an sejumlah barang kemas milik majikannya di Kampung Kelubi, pada 22 November lalu.

“Hasil siasatan, polis menemui surat pajak gadai membabitka­n lima rantai leher, enam cincin, seutas rantai tangan dan tiga anting-anting dianggarka­n bernilai RM30,000.

“Suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH] ?? Arshad menunjukka­n barangan kemas yang dicuri dan surat pajak gadai pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Jasin, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH] Arshad menunjukka­n barangan kemas yang dicuri dan surat pajak gadai pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Jasin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia