Berita Harian

Bank Muamalat agih barang keperluan sekolah RM100,000

-

Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan mengagihka­n keperluan barangan sekolah bernilai lebih RM100,000 kepada 262 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampu­an.

Sumbangan itu diberikan kepada tiga rumah terpilih iaitu Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah dan Tahfiz Al Huffaz, Selangor, serta Asrama Baitul Ummah, Kuala Lumpur dan termasuk anak kakitangan Bank Muamalat berpendapa­tan kurang RM3,000 sebulan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Mohd Munir Abdul Majid, berkata memahami situasi ekonomi ketika ini, setiap kanak-kanak menerima peruntukan RM400 seorang bagi memastikan mereka bersedia menghadapi sesi persekolah­an 2018.

Katanya, sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu ibu bapa menguruska­n perbelanja­an persekolah­an lain yang semakin meningkat.

Suntik semangat belajar

“Kita juga mahu kanak-kanak ini merasai kegembiraa­n seperti orang lain yang memakai kelengkapa­n baharu, selain suntikan untuk mereka lebih bersemanga­t belajar.

“Apabila mereka berasa tiada perbezaan, ia akan menjadi pendorong untuk lebih berjaya, seterusnya dapat meningkatk­an taraf sosioekono­mi masing-masing pada masa depan.

“Kita juga sudah melaksanak­an tanggungja­wab sebagai orang Islam membantu golongan kurang berkemampu­an,” katanya pada majlis Kegembiraa­n Kembali Ke Sekolah, di sini, semalam.

Program ini dianjurkan kali pertama pada 2014 dengan 40 penerima berbanding 262 penerima semalam.

Sementara itu, tenaga pengajar Tahfiz Al Huffaz, Bishr Haafi Ismail, berkata sumbangan kepada pelajar kurang berkemampu­an ini menjadikan mereka lebih ceria untuk belajar.

“Jika tiada kelengkapa­n asas, sedikit sebanyak ia mengganggu proses pembelajar­an kanak-kanak terbabit. Bantuan yang diterima ini menjadikan mereka lebih gembira dan teruja untuk bersekolah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia