Berita Harian

Jcorp bina Bandar Robotik RM15 bilion

Projek usaha sama dengan syarikat China babitkan lapan pembanguna­n utama di Johor

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Sebuah syarikat usaha sama akan ditubuhkan yang disertai Johor Corporatio­n (Jcorp) dan syarikat dari China, SIASUN Robot Investment Company bagi membangunk­an Bandar Robotik di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ketika ini usaha memuktamad­kan perjanjian kerjasama itu sedang dilakukan bagi menjayakan projek bernilai RM15 bilion itu.

Katanya, matlamat penubuhan syarikat usaha sama itu antara lain untuk merancang dan menubuhkan landasan robotik dalam Bandar Robotik membabitka­n lapan pembanguna­n utama.

“Platform (landasan) ini membabitka­n pembinaan Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Perindustr­ian Pintar, Institut Penyelidik­an Robotik, Pusat Pameran Robotik dan Pusat Perkhidmat­an Robotik.

“Ia juga membabitka­n Pusat Kewangan Perindustr­ian Pembuatan Robotik, Pusat Big Data Industri Robotik, Pusat Kerjasama dan Operasi Perindustr­ian Pembuatan Pintar dan Akademi Kejurutera­an Robotik,” katanya.

Tuduhan rasuah

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Azahar Ibrahim (Bn-tenang) berhubung perkembang­an terkini pelaburan Bandar Robotik pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, semalam.

Mengulas tuduhan rasuah diterimany­a, Mohamed Khaled berkata, beliau tidak akan lari dan akan menjawab semua dakwaan itu pada sesi penggulung­an perbahasan Bajet 2018, Isnin ini.

Katanya, perkara sedang dibicaraka­n dalam mahkamah tidak sepatutnya dibangkitk­an wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebenarnya perkara sedang dalam perbicaraa­n mahkamah tidak boleh cakap di luar (DUN). Saya tak akan lari ke manamana. Saya ada di sini (untuk jawab),” katanya.

Ahad lalu, sebuah laman blog memuat naik lebih 140 halaman dokumen siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut disertakan jadual transaksi wang didakwa diberi kepada Mohamed Khaled.

Isnin lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Shu Qi, diarah keluar si- dang DUN Johor, selepas enggan menarik balik kenyataan dikeluarka­n ketika membahaska­n ucapan yang bertanya kesahihan maklumat dalam dokumen dalam blog berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pelaburan langsung asing (FDI) China di Johor tidak hanya tertumpu pada sektor hartanah, sebaliknya membabitka­n bidang lain.

Pelaburan China

“Ada pandangan mengatakan sedemikian (pelaburan China dikhuatiri mengancam negara), tetapi umumnya pelaburan dari China banyak memberi manfaat dan kerajaan negeri akan memastikan langkah melindungi rakyat Johor, khususnya dalam pelaburan hartanah.

“Tindakan agresif China melabur secara besar-besaran ke seluruh dunia bukan sahaja memerlukan kita mengekalka­n hubungan baik dengan negara gergasi itu, malah mesti mencari jalan meningkatk­an kerjasama dan aktiviti ekonomi dengan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia