Berita Harian

Acara maulid dekatkan hubungan dengan Nabi SAW

Selawat cara mudah dekati Rasulullah SAW

- Oleh Latifah Arifin

Terputus atau jauhnya hubungan kerohanian kita dengan Rasulullah SAW menjadi punca kenapa ramai di antara kita yang bersifat fasik dan keras hati.

Bahkan ada yang sanggup menuduh acara maulid seperti majlis selawat sebagai bidaah, sedangkan ia antara cara untuk kita mendekatka­n hubungan hati dan mewujudkan ikatan dengan Nabi Muhammad SAW.

Apabila kita mendengar dan mengalunka­n selawat, meneliti sirah hidupnya, meneladani perila ku dan mengamal sabda serta sunah Baginda, ia mampu menyuburka­n hati dan meneguhkan keimanan kepada Allah SWT.

Mulianya kita di sisi Allah SWT juga bergantung kepada cara kita mencintai Rasulullah SAW. Umpamanya, sahabat Nabi, Saidina Abu Bakar Assiddiq RA mempunyai ikatan kerohanian begitu tinggi terhadap Baginda.

Hubungan hatinya kepada Rasulullah begitu luhur dan tidak berbelah bahagi hingga ketika peristiwa Hijrah, beliau mengungkap­kannya pada Baginda: “Ya Rasulullah, kalau saya yang mati, saya seorang saja yang mati, tetapi jikalau engkau dibunuh, maka matilah umat ini.”

Beliau tidak mahu Baginda dibunuh kerana sedar, Rasulullah SAW adalah penyelamat kepada sekalian umat dan kerana itu Allah SWT mengangkat darjatnya ke tempat lebih tinggi.

Rasulullah hadiah agung

Ulama Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Habib Ali Zaenal Abidin alHamid, berkata jangan sesekali kita jadi seperti umat terdahulu yang terputus hubungan kerohanian­nya dengan Rasulullah SAW sehingga Allah menghukum mereka dengan sifat keras hati.

Allah SWT menjadikan Nabi Muhammad SAW umpama hadiah atau hidayah yang teramat agung sehingga menjadikan umat Baginda sebagai yang terbaik dalam kalangan umat yang lain. Firman Allah SWT yang bermaksud: (Surah alahzab, ayat 56)

Habib Ali berkata, majlis maulid dengan menggalakk­an masyarakat Muslim berselawat dan mengingati Nabi Muhammad dengan titipan pesanan ulama adalah cara berdakwah yang amat baik serta perlu menjadi ikutan supaya setiap daripada kita tidak melupakan insan mulia, Rasulullah SAW. →

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ??
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia