Berita Harian

Gerakkan cinta kepada Ilahi

-

Beliau turut berkongsi kisah mengenai seorang lelaki Arab pada zaman dulu, yang berbelah bahagi sama ada untuk menghadiri majlis Maulidurra­sul atau menjaga ayahnya sedang sakit tenat.

Maka beliau mengambil keputusan untuk menghadiri majlis selawat itu dengan niat semoga dengan kepergian itu menjadi asbab kesembuhan ayahnya.

Ternyata, keesokan pagi selepas kembali ke rumah ayahnya, beliau dapati dia berada dalam keadaan gembira dan sihat.

Ia satu contoh bagaimana majlis kegembiraa­n iaitu acara maulud ini mempunyai darjat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.

Rugi tidak berselawat

Katanya, umat zaman ini perlu menggerakk­an kecintaan dengan memperbany­akkan selawat ke atas Nabi Muhamad SAW.

Antara amalan yang boleh dilakukan adalah berselawat 100 kali selepas setiap solat fardu dan dilakukan juga sekurang-kurangnya 20 kali selawat sebelum dan selepas bangun dari tidur.

Orang yang selalu berselawat kepada Rasulullah SAW akan menerima syafaat Baginda di akhirat kelak, jadi amat rugi bagi mereka yang meninggalk­an amalan ini.

Katanya, cara berselawat juga boleh dipelbagai­kan dan dibenarkan dalam Islam termasuk dengan pendekatan qasidah dan nasyid.

Menerusi selawat, ia dapat memasukkan cahaya atau nur ke dalam hati kita dan lama-kelamaan akan terbit sendiri kerinduan yang tinggi terhadap Rasulullah SAW.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Habib Ali menyampaik­an ceramah pada majlis selawat sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-ridhuan.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Habib Ali menyampaik­an ceramah pada majlis selawat sempena Maulidur Rasul di Masjid Al-ridhuan.
 ??  ?? Majlis Maulid Akbar di Masjid Al-ridhuan, Hulu Kelang, baru-baru ini.
Majlis Maulid Akbar di Masjid Al-ridhuan, Hulu Kelang, baru-baru ini.
 ??  ?? Sebahagian jemaah yang mengimarah­kan
Sebahagian jemaah yang mengimarah­kan
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia