Berita Harian

Masjid Al-ehsan bakal bina asrama tahfiz

-

RM10, RM50 dan RM100.

Nazir Masjid Al-ehsan, Ahmad Soyuti Sabran, berkata penyediaan kupon bukan saja lebih mudah untuk menarik orang ramai berwakaf, bahkan ia juga dapat mendorong ahli kariah turut sama membantu menggunaka­n pendekatan masing-masing.

“Setakat ini penggunaan kupon sudah menampakka­n hasil, ramai anak kariah yang turut menolong dengan cara menghantar kepada syarikat korporat dan individu.

“Tidak semestinya orang yang ingin wakaf perlu datang ke masjid, tetapi menerusi kupon ini, kami yang cari pewakaf,” katanya.

Komitmen masjid

Mengulas lanjut mengenai pembanguna­n sekolah tahfiz yang akan ditempatka­n di dalam kawasan masjid berkenaan, katanya, fasa pertama memerlukan bajet keseluruha­n sebanyak RM1.8 juta.

Kos itu akan digunakan bagi pembinaan asrama sekolah tahfiz yang akan didiami oleh golongan pelajar.

Ahmad Soyuti berkata, sekiranya kos pembinaan asrama ini dapat direalisas­ikan awal tahun depan, ia dapat membuka mata masyarakat mengenai komitmen tinggi masjid dalam menyediaka­n sebuah pusat tahfiz untuk kemudahan anak kariah.

Menurutnya, proses pembanguna­n fasa dua dan tiga pula membabitka­n kemudahan seperti dewan utama, kelas, pejabat, kuarters guru, kakitangan dan kafetaria.

Kewujudan kompleks tambahan ini juga dapat membantu masjid terutama dalam mengisi aktiviti yang makin padat termasuk program keagamaan, kursus dan ceramah dengan menggunaka­n kemudahan yang akan dibangunka­n seperti bilik kuliah dan dewan besar.

Lahirkan generasi celik al-quran

Sementara itu, bagi melahirkan generasi celik al-quran, masjid menyediaka­n kelas mengaji secara percuma setiap hari Isnin hingga Jumaat secara berasingan untuk semua peringkat umur iaitu kanakkanak dan dewasa.

Menurutnya, fakta daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunjukka­n lebih 80 peratus masyarakat Islam di Malaysia yang tidak boleh membaca alQuran.

Justeru, Masjid Al-ehsan lahir dengan inisiatif untuk membantu golongan yang tidak kenal huruf, walaupun ‘alif ba ta’ bermula dengan pengajian Iqra’.

Katanya, setakat ini penyertaan bagi golongan kanak-kanak amat memberangs­angkan, cuma kelas dewasa agak sedikit pesertanya iaitu dalam 10 pelajar kerana masih ramai yang malu untuk tampil ke depan dan mengakui kekurangan diri.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB ] ?? Ahmad Soyuti (kiri) menunjukka­n kupon lot wakaf untuk pembanguna­n asrama Maahad Tahfiz Masjid Al-ehsan.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB ] Ahmad Soyuti (kiri) menunjukka­n kupon lot wakaf untuk pembanguna­n asrama Maahad Tahfiz Masjid Al-ehsan.
 ??  ??
 ??  ?? Ahmad Soyuti Sabran, Nazir Masjid Al-ehsan
Ahmad Soyuti Sabran, Nazir Masjid Al-ehsan
 ??  ?? Kemudahan kafe turut disediakan.
Kemudahan kafe turut disediakan.
 ??  ?? Ruang kedai Masjid Al-ehsan
Ruang kedai Masjid Al-ehsan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia