Berita Harian

Fahami makna sunah, teladan Rasulullah

-

dan pengakuann­ya yang mempunyai implikasi hukum yang mesti diikuti atau disebut sebagai sunnah tasyri’iyah.

Ia seperti perbuatan muncul daripada Baginda dalam bentuk penyampaia­n risalah dan penjelasan­nya terhadap al-quran mengenai beberapa masalah ibadat yang bersifat umum dan mutlak seperti penjelasan bentuk dan cara solat.

Sunah kekal

Sunah tasyri’iyah mengandung­i unsur pensyariat­an bersifat kekal, berlaku pada semua tempat dan keadaan serta tidak terpengaru­h perubahan zaman.

Ia termasuk apa saja datang daripada Nabi SAW dalam kapasitiny­a sebagai rasul yang bertugas menyampaik­an risalah kenabianny­a seperti penjelasan­nya terhadap maksud alquran, hukum halal dan haram, persoalan akidah serta akhlak.

Firman Allah SWT: dalam kehidupan seharian.

Ketetapan Baginda dalam menjadi sumber syariat tidak boleh disangkal, tetapi pada masa sama, ada yang muncul daripada sifat kemanusiaa­nnya yang bukan sumber syariat yang mengikat manusia mengikutin­ya.

Ada umat Islam tidak memahami secara baik perbuatan Rasulullah SAW apabila mereka menganggap setiap yang dibuat Baginda ialah sunah yang wajib diikuti.

Ia umpamanya ucapan atau perbuatan yang timbul daripada keperluan manusia dalam kehidupan seharian Baginda seperti makan, cara berpakaian dan urusan pertanian.

Sunah ghairu tasyri’iyah

Sekiranya Rasulullah SAW memberi petunjuk jelas mengenai persoalan seperti cara makan, minum dan berpakaian, jumhur ulama hukum berpendapa­t mengikutin­ya adalah sunat.

Sebahagian ulama menyatakan antara asas penetapan sunah ghairu tasyri’iyah berdasarka­n hadis diriwayatk­an Imam Muslim.

Diriwayatk­an daripada Rafi’ Khadij katanya, Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika penduduk Madinah mendebunga­kan pokok tamar. Lalu Rasulullah

SAW bersabda: “Apa yang kamu lakukan?” Mereka menjawab: “Kami sering kali melakukann­ya.” Baginda bersabda, “Boleh jadi kalau tidak melakukann­ya tentu lebih baik. Kemudian mereka tidak melakukann­ya, lalu buah menjadi tidak bermutu atau kurang.” Rafi’ berkata: Mereka mengadunya kepada Baginda yang kemudian bersabda: “Sesungguhn­ya aku seorang manusia, apabila aku memerintah kepada kamu dengan sesuatu urusan agama kamu, maka hendaklah kamu berpegang dengannya dan apabila aku memerintah­kan kamu dengan sesuatu pandangan aku sendiri maka aku hanyalah seorang manusia.”

Sunah tanpa unsur syariat

Hadis menunjukka­n perkataan Nabi seakan-akan melarang penduduk agar tidak mengahwink­an pokok tamar hanyalah pendapat peribadi Nabi.

Ini menjelaska­n fakta, walaupun cadangan itu datangnya daripada Rasulullah SAW tetapi bukanlah risalah agama tetapi ia hanyalah menyangkut persoalan pentadbira­n dan pengurusan kehidupan.

Dr Yusuf al-qardhawi mendefinis­ikan sunah ghairu tasyri’iyah tiada maksud untuk diteladani dan tidak ada unsur syariat kerana ia terikat dengan situasi, tempat dan konteks Nabi Muhammad

SAW mengeluark­an kata-kata itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia