Berita Harian

Fesyen burkini penuhi syariat wanita tutup aurat

Pereka pakaian renang Muslimah peka

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Sejak 10 tahun kebelakang­an ini evolusi pakaian Muslimah mengalami pertambaha­n nilai bagi memenuhi cita rasa global dan memenuhi syariat wanita menutup aurat.

Perkembang­an sama membabitka­n fesyen pakaian mandi berikutan minat wanita Muslimah melakukan aktiviti lasak, tetapi bergaya sopan.

Justeru, bagi pereka fesyen dari Australia, Aheda Zanetti, mengorak langkah menghasilk­an koleksi pakaian mandi atau burkini yang menutup aurat, mendapat perhatian dunia.

Koleksi burkini atau singkatan bagi burqa dan bikini ialah baju renang longgar dan menutup aurat, pernah mencetuska­n kontrovers­i pada 2016 apabila berpuluh bandar di Perancis menguatkua­sakan larangan pemakaiann­ya dengan alasan melanggar undangunda­ng sekularism­e negara berkenaan.

Burkini tidak bawa ancaman

Rentetan itu, mahkamah Perancis menggantun­g larangan itu dengan mengeluark­an kenyataan burkini tidak membawa ancaman kepada ketenteram­an awam.

Hikmah kontrovers­i di atas tindakan Perancis mengharamk­an pemakaian burkini di beberapa bandar negara itu membawa kebaikan kepada jualan dalam talian dikendalik­an Zanetti.

Zenetti berkata, perniagaan burkini dengan jenama Ahiida meningkat 200 peratus.

Katanya, lebih mengejutka­n burkini diketengah­kan mendapatka­n sambutan wanita bukan Islam di sekitar Eropah.

Dianggarka­n 40 peratus pelanggan wanita bukan beragama Islam daripada pelbagai latar belakang membeli burkini.

“Burkini dihasilkan pada awal 2004 ini, bertujuan memberi kebebasan wanita mahukan tampil praktikal dan bersukan secara bebas,” katanya ketika ditemui di Kedutaan Australia, baru-baru ini sempena pelancaran pameran Faith Fashion Fushion: Gaya Muslimah di Australia berlangsun­g di Muzium Kesenian Islam Malaysia, baru-baru ini.

Pereka berketurun­an Lubnan itu berkata, pakaian mandi itu bukan hak mutlak wanita Islam kerana ia direka untuk semua wanita tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

“Koleksi ini mengenai integrasi, penerimaan dan kesamarata­an. Saya ingin melihat wanita tidak kira sama Kristian, Yahudi atau Hindu lebih yakin untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Pakaian jaga kesopanan

“Ia hanya pakaian untuk memenuhi keperluan wanita menjaga kesopanan atau individu yang menghidap kanser kulit,” katanya.

Zanetti, inspirasi burkini tercetus selepas melihat anak saudaranya berdepan tentangan untuk menyertai pasukan bola jaring hanya kerana bertudung.

“Apabila diterima masuk ke dalam pasukan, dia memakai baju lengan panjang berkolar tinggi, seluar trek dan tudung yang membuatkan­nya kelihatan sangat tidak selesa.

“Dari situ lahirnya idea untuk menghasilk­an pakaian yang sesuai dengan gaya hidup Australia dan pakaian, tetapi pada masa sama memenuhi keperluan perempuan Muslim,” katanya.

Selain burkini, pereka itu turut mencipta tudung olahraga dikenali sebagai ‘hijood’ sesuai dan selesa untuk bersukan.

“Saya banyak membuat kajian dan soal selidik untuk mengetahui pandangan masyarakat

“Walaupun ramai yang teragakaga­k memberikan jawapan, saya nekad dan hasilnya saya berjaya menjual lebih 700,000 pasang burkini,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Aheda Zanetti (kiri) dan Kurator Museum of Applied Arts & Sciences (MAAS) Sydney, Glynis Jones menunjukka­n fesyen burkini dalam temu bual di Kedutaan Australia, Kuala Lumpur.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Aheda Zanetti (kiri) dan Kurator Museum of Applied Arts & Sciences (MAAS) Sydney, Glynis Jones menunjukka­n fesyen burkini dalam temu bual di Kedutaan Australia, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia