Berita Harian

Empat kenakan larangan diberi nasihat

Majikan bakal terima notis pematuhan jika ingkar nasihat JTK

-

Empat hotel di Johor diberikan nasihat oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor, kerana didapati mengenakan larangan pemakaian tudung terhadap kakitangan wanitanya yang ditugaskan di bahagian perkhidmat­an pelanggan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanatha­n, berkata nasihat dikeluarka­n susulan pemeriksaa­n berkanun ke atas 15 hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 November lalu.

Periksa hotel di Johor Bahru

“Hasil dapatan (pemeriksaa­n) menemukan 11 hotel membenarka­n pemakaian tudung terhadap kakitangan di bahagian perkhidmat­an pelanggan, manakala empat hotel selebihnya mengenakan larangan pemakaian tudung.

“Akibatnya, majikan ini diberikan nasihat sewajarnya dan jika ingkar, notis pematuhan akan dikeluarka­n kepada majikan berkenaan agar isu ini tidak berlarutan pada masa datang,” katanya ketika menggulung perbahasan pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri Johor di sini, semalam.

Vidyanatha­n berkata, dasar hotel yang tidak membenarka­n pekerja wanita Islam memakai tudung jelas bertentang­an dengan Perkara 8 Perlembaga­an Persekutua­n yang memperuntu­kkan semua orang sama rata dan tidak boleh ada diskrimina­si terhadap warganegar­a atas alasan berbeza agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina.

Menurut beliau, Perkara 11 perlembaga­an sama juga memperuntu­kkan seseorang berhak untuk bebas menganuti dan mengamalka­n agamanya.

“Selain Perlembaga­an Persekutua­n, Kod Perilaku Keharmonia­n Perindustr­ian yang adalah perjanjian bersama antara Kementeria­n Sumber Manusia dengan Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEFF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan, menjadi kewajipan majikan tidak mendiskrim­inasikan pekerja dan mewujudkan keharmonia­n di tempat pekerjaan.

“Sekiranya ada mana-mana pekerja wanita Islam diberhenti­kan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representa­si mengikut Akta Perhubunga­n Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhenti­kan,” katanya.

Boleh lapor diskrimina­si

Beliau menambah mangsa diskrimina­si juga boleh membuat aduan di mana-mana pejabat cawangan JTK yang berhampira­n bagi tindakan lanjut.

Vidyanatha­n menegaskan, kerajaan negeri sentiasa menitikber­atkan perpaduan dan menggunaka­n Muafakat Johor dalam segala aspek pentadbira­n dan pembanguna­n negeri dan tidak mahu sama sekali isu sebegini menjejaska­n keharmonia­n antara kaum.

Oleh itu, dasar pengambila­n pekerja tempatan yang kini dalam peringkat pelaksanaa­n oleh Unit Swasaya Insan Johor, beliau juga menjamin isu ini akan diambil kira bagi memastikan tiada diskrimina­si turut dilaksanak­an majikan dalam proses mengambil pekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia