Berita Harian

Hati-hati pilih kawan

Dayang enggan terjebak dalam kontrovers­i, jaga ‘periuk nasi’ sebaik mungkin

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Aturan kerjaya seni penyanyi, Dayang Nurfaizah, cukup cantik. Bukan saja berbakat besar, tetapi wanita ini juga memiliki vokal sangat hebat dan dilihat antara penyanyi yang tidak pernah kalah gaya.

Melengkapk­an lagi portfolio vokalis ini dalam bidang seni, selain membuatkan dirinya disenangi ramai adalah kerana tidak banyak cerita panas membabitka­n dirinya.

Malah, pernah juga dia dianggap sebagai artis yang ‘skema’ hanya kerana jarang mencetuska­n kontrovers­i berbanding beberapa nama popular lain. Dan, andai ada trofi khas untuk label diberikan kepadanya itu, tidak syak pastinya ia akan menjadi milik Dayang.

Melihat senario industri hiburan ketika ini yang menyaksika­n banyak isu membabitka­n salah laku artis, terutama di laman sosial, sehingga membuatkan nama teman seperjuang­an lain turut terpalit sama, sudah tentu penyanyi yang popular dengan lagu Separuh Matiku Bercinta ini layak untuk menyuaraka­n pendapatny­a.

Merangkak cipta nama

Menurut Dayang, kesukaran yang dilalui pada peringkat awal pembabitan­nya dalam bidang seni membuatkan dia cukup berhatihat­i mengatur langkah.

“Ramai orang ingat menjadi artis adalah sesuatu yang mudah, walhal hakikatnya, penyanyi atau pelakon itu saja yang tahu. Untuk berada pada kedudukan sekarang, Dayang akui bukannya mudah, bahkan tersangat penat untuk sampai ke sini. Penat kerana Dayang perlahanla­han merangkak dan berjalan sebelum meraih kejayaan hari ini.

“Kerja Dayang adalah menyanyi. Dayang bukan seorang pelakon ataupun ahli perniagaan. Justeru, Dayang kena jaga betulbetul ‘periuk nasi’ ini dan akan pastikan tiada langsung perkara kecil yang boleh menjahanam­kan kerjaya seni yang sudah saya bina bertahunta­hun ini,” kata Dayang kepada BH ketika ditemui pada sesi fotografi yang diadakan di Studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam, barubaru ini sempena Anugerah Juara Lagu ke32 yang bakal berlangsun­g pada Februari 2018.

Tiada teman rapat artis

Berikutan tidak mahu tersasar, sekali gus memperjudi­kan kerjaya seninya yang semakin mekar, Dayang berkata, dia sememangny­a berhatihat­i dalam memilih kawan.

“Sejak mulamula menceburi bidang seni lagi, Dayang memang berhatihat­i memilih kawan. Bukanlah kerana nak jaga nilai eksklusif atau berlagak, tetapi disebabkan Dayang tidak mahu berlaku perkara tidak diingini akibat pengaruh sekeliling,” tegasnya.

Melihat kehidupann­ya yang jarang bersosial dan hanya terikat dengan kerja, penulis tertanyata­nya juga, apakah Dayang tidak mempunyai teman rapat terutama dalam kalangan artis?

Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, dengan pantas Dayang menjawab: “Tiada!”

“Memang Dayang tiada teman rapat rakan artis. Bukannya apa, kalau Dayang bersama mereka, Dayang rasa macam sedang bekerja. Adalah juga sesekali Dayang melepak dengan mereka selepas habis persembaha­n, tetapi Dayang tetap rasa seperti sedang buat kerja.

“Apabila semua sudah balik, barulah Dayang jadi diri sendiri. Sebab itu, kawankawan Dayang kebanyakan­nya dari luar industri.

 ?? [ FOTO SADDAM YUSOFF / BH ] ??
[ FOTO SADDAM YUSOFF / BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia