Berita Harian

Roslan terharu masih diingati

Pelakon veteran kejang otot akibat kemalangan berturut-turut di lokasi

- Oleh Norizzah Baharudin

Pelakon veteran, Roslan Salleh ‘bercuti’ sementara daripada berlakon selepas mengalami kejang otot dan urat saraf garagara terjatuh ketika penggambar­an di Pahang dan Selangor, barubaru ini.

Dalam kejadian itu, pelakon berusia 60 tahun itu terjatuh daripada basikal di Lurah Bilut, Bentong, Pahang ketika menjalani penggambar­an projek iklan dalam talian, pada 7 November lalu.

Bagai malang bertimpa, Roslan memberitah­u, seminggu selepas kejadian itu, dia terjatuh sekali lagi apabila tersilap langkah ketika menjalani penggambar­an drama Isteri Yang Diiktiraf di Tanjung Karang, Selangor.

“Saya bersyukur kerana hanya mengalami kejang otot. Namun, saya dinasihat doktor berehat secukupnya supaya dapat meneruskan aktiviti lakonan apabila sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Alor Gajah, barubaru ini.

Foto tular di media sosial

Foto yang menampakka­n Roslan terlantar sakit yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu, mengundang simpati pengguna laman sosial.

Bapa kepada empat anak berusia antara 15 hingga 33 tahun yang sinonim dengan watak jahat dan antagonis itu mula berkecimpu­ng dalam dunia lakonan sejak 30 tahun lalu.

Sebelum itu, Roslan berkhidmat dalam bidang perguruan. Antara drama dan filem lakonannya termasuk dan

Dalam pertemuan itu, Roslan memberitah­u, dia juga menghidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu.

Dikunjungi sahabat lama

“Saya terima ujian ini dengan reda dan sabar. Ini kerana bagi saya, besar hikmahnya apabila saya dikunjungi sahabat industri seni.

“Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Fauzi Ayob yang banyak memberi sokongan turut melawat,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Roslan berkata, dia juga dikunjungi sahabat yang sudah lama terpisah selepas berita dirinya ditimpa kemalangan menjadi viral.

“Lebih terharu, ada sahabat ketika berada di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang sudah 40 tahun tidak bertemu, datang melawat saya,” katanya yang beransuran­sur sembuh.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Roslan yang juga menghidapi kencing manis kini beransur pulih.
Roslan yang juga menghidapi kencing manis kini beransur pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia