Berita Harian

Pameran Buku Mega Popular sasar 100,000 pengunjung

Lebih 200 produk pelbagai genre buku, alat tulis ditawar di EXPO@DANGA City Mall

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR) menyasarka­n lebih 100,000 pengunjung ke Pameran Buku Mega Popular di EXPO@DANGA City Mall, di sini, bermula semalam hingga 10 Disember ini.

Pengurus Stor POPULAR, Cheah Siat Fun, berkata penganjura­n memasuki kali ke-11 itu menawarkan lebih 200 produk pelbagai genre buku, alat tulis dan peralatan gajet di ruang pameran buku terbesar dengan keluasan 3158.70 meter persegi itu.

Harga berpatutan

Katanya, harga ditawarkan juga berpatutan dengan diskaun antara 20 hingga 70 peratus, selain harga istimewa setiap hari berdasarka­n barangan terpilih.

“Pengunjung berpeluang membeli produk pada harga serendah RM5 dengan lebih 200 barangan terpilih pada sepanjang 11 hari pameran berlangsun­g, malah belian minimum RM60 sehari berpeluang berjimat sehingga 50 peratus bagi peralatan gajet dan aksesori elektronik.

“Selain pameran, pengunjung juga berpeluang bertemu pelukis komik dari dalam dan luar negara termasuk Thomas Koh&titian serta Eddie See, selain penulis buku masakan tempatan seperti Cef Norzailina Nordin dan Cef Fazalina Ismail,” katanya di sini, semalam.

Tawaran menarik

Siat Fun berkata, tawaran menarik lain disediakan termasuk belian minimum RM150 sehari akan menerima baucar POPULAR bernilai RM20, selain resit belian RM120 berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM2,000 termasuk 10 hadiah sagu hati.

Katanya, pada musim cuti persekolah­an, pelbagai aktiviti bersama keluarga turut diadakan termasuk Karnival Kitar Semula ‘Little Eco Warriors’, pertanding­an kaligrafi ‘Book Cover Design’ dan pertanding­an mewarna ‘A Green Earth Begins with Me’.

Beliau berkata, POPULAR menerusi tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) juga mengadakan kempen derma buku ‘Read.love.share Charity Bookcase’ bagi membolehka­n pengunjung menderma buku terpakai di sudut disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia