Berita Harian

Nilai mulia kunci wujud komuniti aman, stabil

-

Kejayaan sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada bangunan pencakar langitnya, kemudahan awam moden, industri berteknolo­gi tinggi atau pendapatan perkapita yang meningkat, tetapi juga pada sistem nilai selaras dengan negara bertamadun.

Bagi mencapai status negara bertamadun, kita mesti mempunyai transforma­si sosial dari segi perubahan dalam sikap dan sistem nilai. Sehubungan itu, belia dan remaja kita mesti jadi sebahagian transforma­si sosial ini. Mereka perlu salurkan tenaga mereka ke dalam aktiviti positif dan konstrukti­f.

Apabila masyarakat kita semakin maju dan kaya, soal etika dan moral boleh diabaikan atau tidak diberi penekanan.

Memupuk nilai keluarga dan nilai mulia yang baik dalam kalangan belia di tengah-tengah pemodenan pesat dan perubahan dalam gaya hidup adalah cabaran utama hari ini. Usaha kolektif semua sektor masyarakat diperlukan.

Kemajuan teknologi dan pertumbuha­n ekonomi negara kita tidak boleh mengaburi fikiran terhadap kepentinga­n memeriksa kemerosota­n nilai dan etika.

Tumpu dimensi moral

Walaupun negara kita bersedia dengan pertumbuha­n ekonomi selanjutny­a, penting juga bagi pemimpin negara untuk beri tumpuan kepada dimensi moral dan etika yang menjadi ramuan penting untuk mencapai status negara maju.

Visi dan misi kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dari semua dimensi, terutama dari aspek moral, etika dan penyayang.

Tamadun dan kemajuan juga diukur dengan pembanguna­n hati nurani manusia meliputi belas kasihan, pemahaman, rasa keadilan dan sikap murah hati.

Kita perlu menyedarka­n masyarakat agar mereka main peranan menangani masalah sosial. Keruntuhan moral disebabkan kemerosota­n nilai-nilai murni dan etika dapat diatasi dengan meningkatk­an kualiti kehidupan keluarga untuk beri nilai murni dan moral kepada anak-anak.

Oleh itu, nilai moral dan etika yang baik harus diberikan keutamaan tertinggi dalam semua program untuk melatih dan membina belia kita dalam pembanguna­n nasional dan bangsa.

Proses penerapan semua nilai ini harus bermula dari rumah dan seterusnya di sekolah, universiti dan di tempat kerja. Program kaunseling babit institusi keluarga dan promosi nilai murni yang baik amat diperlukan hari ini supaya dapat bertindak sebagai perisai terhadap pelbagai masalah sosial dalam masyarakat.

Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa Malaysia pada hari ini adalah bagaimana untuk menyeimban­gkan kerjaya dan mengasuh anak. Satu lagi masalah ialah kemungkina­n kurang kemahiran keibubapaa­n.

Hakikatnya, beribu-ribu kanakkanak bandar ditinggalk­an bersama dengan pembantu rumah, dan saudara-mara. Kanak-kanak yang kembali dari sekolah mendapati mereka berada di rumah kosong.

Tekanan rakan sebaya

Oleh kerana tidak mendapat bimbingan dari ibu bapa maka anak ini memperoleh­nya daripada rakan sebaya mereka. Dengan tekanan rakan sebaya yang negatif satu persekitar­an akan wujud yang akhirnya membawa kepada pelbagai masalah sosial seperti ponteng, buli, keganasan di sekolah, penyalahgu­naan dadah dan juga jenayah.

Ibu bapa mestilah semakin prihatin tentang kualiti kehidupan keluarga dan mesti sentiasa mengambil langkah menanam asas nilai murni kepada anak untuk membina asas masyarakat yang kuat, stabil dan bersatu padu.

Dunia hari ini berhadapan dengan fenomena yang sangat membimbang­kan. Di mana-mana sahaja pemodenan dan pembanguna­n ekonomi berlaku ia akan menghasilk­an taraf hidup yang lebih baik dan masalah baharu seperti penurunan nilai manusia dan kemerosota­n moral akan berlaku.

Nilai seperti ketaatan, ketakwaan keluarga, menghormat­i warga emas, kesabaran dan toleransi, kebenaran, tanggungja­wab, integriti dan kekitaan dan lain lain perlu ditekankan.

Nilai mulia yang kuat bersamasam­a dengan keluarga adalah kunci untuk membina komuniti aman dan stabil seterusnya membawa kepada negara yang kukuh dan stabil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia