Berita Harian

AS gesa dunia boikot Pyongyang

Ancam musnah rejim Korea Utara, sekat eksport minyak

-

Amerika Syarikat memberi amaran keras betapa kepimpinan Korea Utara bakal musnah jika perang tercetus, ketika ia menggesa negara dunia memutuskan semua perhubunga­n diplomatik dan perdaganga­n dengan Pyongyang, termasuk meminta China menyekat penghantar­an minyak ke negara terpencil itu.

Namun, Russia, semalam menolak permintaan Washington itu yang dianggap satu pendekatan negatif, sebaliknya menegur Pentagon tidak meneruskan latihan ketenteraa­n bersama dengan Korea Selatan di Semenanjun­g.

Menteri Luar, Sergei Lavrov mendakwa AS dilihat mencetus provokasi ke atas rejim Kim Jong-un dan mahu mendapat satu kepastian sama ada Washington ada rancangan memusnahka­n negara terpencil itu.

“Amerika harus menjelaska­n apa tujuan mereka. Jika mahu mencari sebab untuk memusnahka­n Korea Utara mereka harus berterus terang dan pemimpin AS harus mengesahka­nnya,” kata Lavrov, semalam.

Terdahulu, Washington meng- gesa tindakan tegas di mesyuarat kecemasan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC), kelmarin untuk bertindak balas ke atas gelagat Pyongyang melancarka­n peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

“Diktator Korea Utara sudah membuat pilihan mendekatka­n dunia kepada peperangan. Jika ia tercetus, rejim Korea Utara akan musnah,” kata Duta Amerika Syarikat, Nikki Haley kepada majlis itu.

Ancam sekatan besar baharu

Sementara itu, Presiden Donald Trump menyelar Kim Jong Un sebagai ‘anak anjing yang sakit’ dan mengancam beberapa sekatan besar baharu selepas Pyongyang menguji peluru berpandu ICBM yang ketiga.

Korea Utara mendakwa peluru berpandu itu mampu menyerang mana-mana sasaran di Amerika Syarikat. Ujian itu mengakhiri tempoh senyap tanpa pelancaran selama dua bulan yang meningkatk­an harapan untuk rundingan diplomatik.

“Kami menggesa semua negara memutuskan segala hubungan dengan Korea Utara,” kata Haley. Katanya, Trump sudah menghubung­i Presiden China, Xi Jinping dan menggesa beliau memutuskan bekalan minyak dari Korea Utara dan tindakan itu mungkin memberikan kesan teruk kepada ekonomi Korea Utara.

“Ia adalah langkah penting dalam usaha global menghentik­an rejim ini,” katanya sambil memberi amaran jika Beijing tidak bertindak, AS mengendali­kannya sendiri.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman mengarahka­n Pyongyang menghentik­an tindakan yang boleh mengancam kestabilan serantau.

Feltman menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, susulan tindakan Korea Utara melancarka­n peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) kelmarin.

“Ketika pertemuan itu, saya menegaskan tidak ada yang lebih berbahaya mengancam keamanan dan keselamata­n dunia dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjun­g Korea ketika ini,” katanya.

Feltman membentang­kan perkara itu ketika menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n PBB susulan tindakan Korea Utara melancarka­n ICBM.

Laksana resolusi PBB

Kementeria­n Luar China pula mengelak soalan mengenai gesaan AS untuk embargo minyak dengan jurucakap Geng Shuang memaklumka­n Beijing melaksanak­an resolusi PBB dan menyokong pelucutan senjata nuklear di semenanjun­g Korea.

Bagaimanap­un, China enggan menutup saluran paip penghantar­an minyak mentah ke Korea utara.

China mencadangk­an Korea Utara menghentik­an ujian peluru berpandu dan nuklear sebagai tukaran kepada pembekuan latihan ketenteraa­n Amerika Syarikat, namun Washington menolaknya.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Jong-un (gambar kiri) berwajah ceria ketika melihat pelancaran roket Hwasong-15 tempoh hari manakala gambar kanan disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik Korea Utara menunjukka­n pelancaran peluru berpandu Hwasong-15 yang dikatakan mampu...
[ FOTO AFP ] Jong-un (gambar kiri) berwajah ceria ketika melihat pelancaran roket Hwasong-15 tempoh hari manakala gambar kanan disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) milik Korea Utara menunjukka­n pelancaran peluru berpandu Hwasong-15 yang dikatakan mampu...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia