Berita Harian

Pope Francis elak istilah Rohingya

-

Yangon: Pope Francis tiba di Bangladesh, semalam selepas menamatkan lawatan di Myanmar tanpa merujuk kepada penderitaa­n etnik Muslim Rohingya untuk mengelak insiden diplomatik dengan negara majoriti penganut Buddha itu yang dituduh menjalanka­n pembersiha­n etnik.

Bagaimanap­un, beliau dijangka berdepan realiti di Dhaka apabila bertemu dengan sekumpulan pelarian Muslim Rohingya daripada kira-kira 620,000 yang melarikan diri dari negara jiran Myanmar, sejak akhir Ogos lalu.

Vatican kelmarin mempertaha­nkan keputusan Pope untuk tidak menggunaka­n perkataan ‘Rohingya’ di khalayak ramai ketika kunjungan selama empat hari di Myanmar sambil berkata, kuasa moral beliau tidak terjejas dan kehadirann­ya sudah cukup menarik perhatian untuk krisis pelarian itu.

Suarakan pandangan

Bagaimanap­un, sidang media Vatican di Yangon memperjela­skan lagi kesulitan diplomasi bahawa isu itu sudah diterangka­n kepada Francis ketika merumuskan kunjungan berkenaan.

Jurucakap Greg Burke berkata, keputusan Pope untuk tidak merujuk kepada Rohingya tidak menjejaska­n apa yang pernah dikatakan beliau mengenai kesengsara­an mereka sebelum kunjungan di Myanmar, namun menambah bahawa diplomasi Vatican tidak berubah dan pihak lain turut berhak menyuaraka­n pandangan.

Cetus ketegangan

Bagaimanap­un, tindakan paderi besar wilayah Myanmar mencadangk­an bahawa pihak lain bertanggun­g jawab mencetuska­n ketegangan di kalangan kaum negara itu mengeruhka­n lagi situasi untuk delegasi Vatican.

“Apabila kita bercakap soal kebenaran, kita patut mendapatka­n sumber boleh dipercayai untuk berita. Mereka yang mengkritik patut datang ke sini untuk mengkaji realiti dan sejarah,” kata paderi besar John Hsane Hgyi.

Akhbar kerajaan Myanmar, The Global

memanfaatk­an kenyataan paderi besar itu dengan menerbitka­n berita utama menyatakan “Laporan pembersiha­n etnik di Rakhine tidak sahih, kata gereja Myanmar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia