Berita Harian

Ramai pelancong bergegas keluar

Lapangan terbang di Lombok ditutup selepas dilitupi abu, asap

-

l

Ribuan pelancong asing mula meninggalk­an Bali semalam, sebaik sahaja lapangan terbang dibuka kelmarin, susulan perubahan arah angin yang membawa abu gunung berapi, Gunung Agung.

Kira-kira 120,000 pelancong dilaporkan terkandas di lapangan terbang antarabang­sa di Bali, sejak ia ditutup pada Isnin lalu.

“Sejak lapangan terbang ini dibuka kelmarin, beberapa syarikat penerbanga­n sudah memulakan operasi mereka dan keadaan kembali seperti asal secara berperingk­at-peringkat,” kata jurucakap lapangan terbang, Israwadi.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini, lebih 4,500 pelancong sudah menaiki pesawat pulang ke negara masing-masing dan daripada jumlah itu sejumlah 3,200 orang dilaporkan menaiki penerbanga­n antarabang­sa.

Kelmarin, syarikat penerbanga­n tempatan, Garuda Indonesia mengumumka­n akan memulakan penerbanga­n ke beberapa bandar di seluruh Indonesia, sementara Airasia Bhd akan membawa penumpang ke Kuala Lumpur.

Lombok ditutup

Bagaimanap­un, lapangan terbang di pulau Lombok terpaksa ditutup semalam, selepas ia dilitupi abu dan asap dari Gunung Agung, berikutan perubahan arah angin.

Perubahan arah angin itu dipercayai berpunca daripada siklon Cempaka melanda pulau Jawa kelmarin, yang menyebabka­n 19 penduduk terkorban akibat banjir dan tanah runtuh.

Sementara itu, jurucakap agensi bencana berkata, kirakira 100,000 penduduk di sekitar Gunung Agung dijangka diarah meninggal kediaman mereka sebelum meletusnya gunung berapi itu.

“Potensi untuk Gunung Agung meletus masih ada, tetapi kami tidak boleh meramalkan berapa besar letusan itu.

“Gunung berapi itu masih diletakkan pada tahap amaran tertinggi,” kata ahli vokanologi kanan, Agensi Volkanolog­i Indonesia, Devy Kamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia