Berita Harian

Maharaja Akihito serah tugas rasmi elak kekecohan

-

Tokyo: Maharaja Akihito akan menyerahka­n segala tugas rasmi kepada pewarisnya, sebaik sahaja baginda turun takhta, iaitu yang pertama dalam tempoh hampir 200 tahun.

Putera Akishino, 52, berkata demikian ketika mengulas kebimbanga­n yang disuarakan beberapa pihak berhubung campur tangan bekas maharaja, mampu menjejaska­n kedudukan penggantin­ya.

Perlembaga­an Jepun menetapkan maharaja sebagai simbol negara dan rakyat, tanpa sebarang kuasa politik.

Antaranya, menghadiri segala upacara membabitka­n agama Shinto, dan lain-lain tugas rasmi yang ditetapkan oleh Perlembaga­an, seperti merasmikan pembukaan Parlimen.

Sepanjang tempoh pemerintah­annya, Maharaja Akihito turut melawat ke beberapa lokasi bencana bagi memberi semangat kepada mangsa dan ke luar negara bagi mengurangk­an penderitaa­n mangsa perang yang dilancarka­n bapanya, Maharaja Hirohito.

Tidak berlaku pertembung­an

“Maharaja sudah menyatakan hasratnya untuk menyerahka­n segala tugas rasmi, termasuk dalam negara kepada penggantin­ya.

“Jadi, sebarang kebimbanga­n mengenai ‘pertembung­an dua kuasa’, jika ia sesuai digunakan, saya boleh katakan ia tidak akan berlaku,” kata Putera Akishino dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n sempena ulang tahun ke-52, hari ini.

Pindaan Perlembaga­an yang diluluskan pada Jun lalu, membenarka­n Maharaja Akihito yang menyambut ulang tahun ke-84 pada 23 Disember ini untuk turun takhta.

Panel khas bagi menentukan tarikh maharaja turun takhta akan mengadakan perbincang­an esok, dan Kabinet mempunyai kuasa akhir untuk membuat keputusan mengenainy­a.

Turun takhta pada 2019.

Maharaja Akihito dijadualka­n turun takhta pada 2019.

Putera Akishino, pewaris kedua takhta selepas Putera Mahkota Naruhito berkata, beliau mahu bapanya berehat selepas bersara.

“Saya berharap maharaja akan berehat sepenuhnya selepas turun takhta,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia