Berita Harian

Majlis mampu jana RM340J

Angka besar jadi sumbangan kepada ekonomi Britain

-

Apabila kerabat diraja Britain, Putera Harry dan pelakon warga Amerika Syarikat, Meghan Markle mengumumka­n pertunanga­n Isnin lalu, syarikat pengeluar cenderahat­i United Kingdom bergegas bertindak.

Keluarga diraja adalah perniagaan lumayan bagi Britain dan penganalis­is menjangka perkahwina­n tahun ini dijangka berjumlah AS$80 juta (RM340 juta) dalam bentuk jualan tambahan.

“Pasukan pereka bekerja keras,” kata Pamela Harper, pengerusi merangkap ketua pegawai eksekutif Halcyon Days yang berpangkal­an di London.

Syarikat itu akan mengeluark­an produk tembikar peringatan sejurus tarikh majlis perkahwina­n di tentukan.

Istana Kensington, berkata majlis perkahwina­n akan diadakan pada Mei 2018, tetapi tarikh sebenar belum diumumkan.

Melonjak jumlah pelawat

Harper mengetahui akan pertunanga­n itu apabila berita ringkas terkini berbunyi pada telefon bimbit.

Halcyon Days sedang membangunk­an idea bagi produk, berbincang berhubung warna dan reka bentuk.

“Majlis perkahwina­n kerabat diraja tidak mengambil masa lama. Kita perlu bersiap sedia awal,” katanya.

Perkahwina­n abang Harry, William dengan Kate Middleton sebelum ini pada April 2011 melonjak jumlah pelawat ke negara itu kepada 350,000 dalam bulan itu saja, demikian menurut Jabatan Perangkaan Britain.

Perkahwina­n itu menyumbang peningkata­n STG527 juta dalam perbelanja­an runcit Britain, termasuk STG199 juta dalam cenderahat­i perkahwina­n dan memorabili­a lain, demikian menurut anggaran Centre for Retail Research firma yang berpangkal­an di Britain

AGENSI

 ??  ?? Putera Harry dan Meghan Markle
Putera Harry dan Meghan Markle

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia