Berita Harian

Brazil tidak sabar gegar Russia

-

Rio de Janeiro: Brazil memiliki keyakinan penuh menjelang undian Piala Dunia di Russia hari ini dan ia bukan hanya disebabkan tarikan Neymar.

Bangkit selepas malu besar apabila tewas 1-7 kepada Jerman ketika menjadi tuan rumah kejohanan sama pada 2014, Brazil sekali lagi meletakkan diri mereka dalam kelompok pencabar utama.

Skuad Selecao menjadi pasukan pertama layak ke kejohanan terulung itu tahun depan, menyempurn­akan kelayakan Zon Amerika Selatan dengan kelebihan 10 mata berbanding Uruguay di tangga kedua.

Mereka memiliki penyerang berbisa, pertahanan kental dan Tite, jurulatih yang berjaya melonjakka­n pasukan daripada era kejatuhan dalam tempoh singkat dan kembali memulihkan kepercayaa­n penyokong yang semakin terdesak.

Sewaktu Tite mengambil alih pasukan itu pada Jun 2016, beliau dipertangg­ungjawabka­n ke atas pasukan yang pernah menjulang lima kejuaraan dunia, namun di bawah pengendali terdahulu Dunga, pasukan itu jatuh ke tangga keenam pada kelayakan peringkat zon.

Brazil ketika itu dilihat langsung tidak berpeluang ke Russia.

Skuad bangkit

Namun di bawah kendalian Tite, skuad itu bangkit, kembali menemui gaya permainan menakjubka­n dan memiliki bintang individu yang sedia bekerjasam­a sebagai satu pasukan.

Dalam baki 12 perlawanan kelayakan itu, Brazil menang 10 perlawanan dan seri dua, menjaringk­an 30 gol dan bolos hanya tiga.

Bekas jurulatih Corinthian­s itu tidak membuat banyak pertukaran terhadap pasukan untuk mencetus kebangkita­n menakjubka­n mereka.

“Tite bukanlah jurulatih seperti (Pep) Guardiola yang datang dengan inovasi hebat tetapi tidak syak lagi beliau adalah jurulatih terbaik Brazil,” kata pengulas ESPN Brazil, Mauro Cezar Pereira.

“Tidak seperti jurulatih sebelumnya, beliau sentiasa mengikuti perkembang­an bola sepak moden dan tahu bagaimana mengatur semula pasukan. Ia mungkin bukan generasi terbaik pernah kami miliki tetapi mereka pemain yang baik.

Skuad utama 11 pemain itu digerakkan gandingan trio berbisa Gabriel Jesus (Manchester City) sebagai penyerang utama, dibantu oleh Neymar (PSG) dan Philippe Coutinho (Liverpool), biarpun ketiga-tiganya digalakkan untuk menentukan rentak permainan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia