Berita Harian

Sterling wira City sekali lagi

Jaringan bantu The Citizens atasi Southampto­n, kekal dahului liga 8 mata

-

Raheem Sterling menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-96 bagi membantu Manchester City menewaskan Southampto­n 2-1, kelmarin, sekali gus melebarkan jurang kelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu pada awalnya dilihat bakal tercicir mata selepas Oriol Romeu menafikan jaringan pembukaan Kevin De Bruyne, namun Sterling mengesahka­n kemenangan City untuk kali ke19 berturut-turut dalam semua pertanding­an dan kemenangan ke-12 kelab di saingan liga.

Gol minit terakhir

Jaringan itu adalah gol kemenangan lewat permainan berjaya dicipta Sterling dan ia pasti mengecewak­an Manchester United yang menduduki tangga kedua selepas menewaskan Watford 4-2, pada Rabu.

“Babak akhir perlawanan ini cukup menakjubka­n," kata Guardiola.

“Apa yang berlaku di bilik persalinan sangat luar biasa. Kami mahu memenangi kejuaraan liga tetapi kali ini perlu meraikanny­a kerana hanya memperoleh gol sehingga minit akhir," katanya.

The Citizens di depan pada minit ke-47 menerusi sepakan percuma De Bryune.

Bagaimanap­un, Romeu menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Dengan masa yang semakin singkat, Sterling muncul wira apabila menjaringk­an gol kemenangan menewaskan penjaga gol lawan, Fraser Forster selepas bertukar hantaran dengan De Bruyne.

 ??  ?? Sterling (kanan) menjaringk­an gol keduanya dalam saingan EPL bertemu Southampto­n di Stadium Etihad, kelmarin.
Sterling (kanan) menjaringk­an gol keduanya dalam saingan EPL bertemu Southampto­n di Stadium Etihad, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia