Berita Harian

Mane, Salah ceriakan Liverpool

-

Stoke: Jaringan separuh masa pertama Sadio Mane dan dua gol sumbangan pemain gantian, Mohamed Salah pada babak kedua menyaksika­n Liverpool menang 3-0 ke atas Stoke City, kelmarin.

Keputusan itu menyaksika­n The Reds mengumpul 26 mata daripada 14 perlawanan, ketinggala­n dua mata di belakang Arsenal yang menduduki tempat keempat dan tiga mata di belakang Chelsea, di tangga ketiga.

Pengurus pasukan, Juergen Klopp, memuji Salah selepas penyerang dari Mesir itu dimasukkan pada minit ke-67 dan menunjukka­n aksi terbaiknya.

“Terima kasih ucapan paling tepat untuk Salah kerana dia masuk pada waktu yang tepat. Ia perlawanan yang bagus di tempat lawan. Kami berhak memenangi perlawanan ini dan sangat gembira dapat meraih mata penuh,” kata Klopp.

Mane meledak gol cantik pada minit ke-17 selepas pertahanan Joe Gomez dan Dominic Solanke mengawal bola dengan baik dalam kawasan kotak penalti yang kemudian disempurna­kan oleh Mane.

Salah ledak dua gol

Bagaimanap­un penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet kemudian dilayangka­n kad kuning kerana melakukan terjahan ke atas pemain lawan di luar kotak penalti dengan Klopp mempertaha­nkan keputusan pengadil itu.

“Saya tidak fikir ia memihak kepada Mignolet kerana dua pertahanan berada ketika situasi itu dan dia bukan pemain terakhir,” kata pengendali dari Jerman itu.

Menggantik­an Solanke, Salah menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 selepas menerima hantaran cantik dari Mane.

Salah kemudian pantas memanfaatk­an peluang kesilapan lawan melakukan hantaran ke belakang dengan melakukan larian solo menewaskan penjaga gol lawan, Lee Grant minit ke83.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia