Berita Harian

Pacquiao bertinju di KL

Program The Johor Redemption cetusan TMJ dijangka disaksi 300 juta penonton

- Oleh Zuraidah Mohamed

Jaguh tinju dunia, Manny Pacquiao dari Filipina bakal beraksi dalam acara The Johor Redemption yang dijadualka­n di Kuala Lumpur pada suku pertama tahun depan.

Acara sukan tinju berprestij pertama di Malaysia itu hasil cetusan idea Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijangka mencetuska­n fenomena, sekali gus mengangkat profil sukan itu di rantau ini.

Perlawanan yang bakal disaksikan oleh lebih 300 juta peminat tinju di seluruh dunia secara langsung itu dianjurkan oleh Jaohar Group Sdn Bhd.

Pacquiao yang juga dikenali sebagai Pac-man dalam kalangan peminat sukan itu, akan menjalani latihan di Johor selama sebulan sebelum berentap pada acara kemuncak.

Pengerusi Kumpulan Jaohar, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata Tunku Ismail menitahkan syarikatny­a untuk menguruska­n perjalanan acara ini.

"Tunku bertitah kepada kami bahawa acara ini sangat penting kerana ia mampu meningkatk­an profil negeri Johor dan imej negara secara keseluruha­n.

Alukan-alukan kerjasama

"Kerjasama yang bakal dijalinkan pasti memberi manfaat besar memandangk­an acara ini bakal ditonton oleh lebih 300 juta peminat tinju seluruh dunia," katanya pada majlis minum petang sempena pemeteraia­n memorandum persefaham­an perlawanan tinju Manny Pacquiao yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan segala bentuk kerjasama, terutama dari sudut penajaan supaya dapat bersama sama merealisas­ikan impian dan aspirasi TMJ.

Katanya, Pacquiao sudah dua kali berkunjung ke Johor dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan ia mewujudkan jalinan persahabat­an istimewa dengan Tunku Mahkota Johor.

"Ternyata, Pacquiao sangat kagum dengan keluarga Diraja Johor di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almahum Sultan Iskandar yang sangat berjaya dalam banyak aspek, terutama pentadbira­n dan pembanguna­n ekonomi," katanya.

Pacquiao yang menjadi peninju profesiona­l selama 22 tahun dan memenangi pelbagai gelaran dunia bagi lapan kategori yang berbeza-beza.

Dia menjadi petinju profesiona­l ketika berusia 16 tahun dan memenangi 57 perlawanan termasuk 38 menerusi knockout dan tewas enam kali, tiga daripadany­a knockout, dan dua seri.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Tunku Ismail bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis minum petang sempena pemeteraia­n memorandum persefaham­an perlawanan tinju Pacquiao, semalam.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Tunku Ismail bersalaman dengan tetamu yang hadir pada majlis minum petang sempena pemeteraia­n memorandum persefaham­an perlawanan tinju Pacquiao, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia