Berita Harian

Pang Ron-yen Wei dipaksa berpeluh

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara yang juga pilihan keempat kejohanan, Hoo Pang Ron-peck Yen Wei terpaksa berhempas-pulas sebelum mara ke suku akhir Cabaran Antarabang­sa India semalam.

Pang Ron-yen Wei dilihat agak lambat menyesuaik­an diri pada aksi pusingan pertama di Kelab Kriket India sebelum mencatat kemenangan ke atas wakil tuan rumah, Sanyam Shukla-kuhoo Garg. 13-21, 21-13, 21-13.

Yen Wei mengakui belum dapat menyesuaik­an diri termasuk mengatasi taktikal yang diamalkan pasangan lawan, namun berjaya bangkit pada set kedua dan penentuan.

Tiga pukulan awal

“Apabila masuk set kedua dan penentuan baru kami boleh fokus terutama dalam tiga pukulan awal, sekali gus mencari peluang terbaik untuk bermain secara menyerang," katanya semalam.

Yen Wei berkata mereka mungkin berdepan dengan pemain yang akan menggunaka­n corak sama hari ini, sekali gus perlu fokus, terutama pada tiga pukulan awal.

“Kita juga harus mencari peluang terbaik untuk melakukan serangan terhadap mereka,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

Menanti mereka di suku akhir ialah pemain dari peringkat kelayakan S Sunjith JR-KP Sruthi yang menumpaska­n rakan senegara, B Sumeeth Reddy-arathi Sara Sunil 22-20, 21-11.

Sementara itu, juara Siri Antarabang­sa India minggu lalu, Chen Tang Jie-goh Liu Ying turut mara selepas mengalahka­n satu lagi wakil tuan rumah, Saurabh Sharma-anoushka Parikh 21-16, 22-24, 21-10.

Mereka akan berdepan gandingan Malaysia/india, K Yogendran-prajakta Sawant yang menumpaska­n gandingan Singapura, Jason Wong-purtri Sari Dewi Citra 21-17, 21-13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia