Berita Harian

Penyu ikat pemain Kemboja, Serbia

- Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Pasukan Terengganu FC I (TFCI) melengkapk­an lima kuota import apabila mengikat dua lagi pemain bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Dua pemain terbaharu yang berjaya dipikat itu adalah Thierry Chantha Bin dari Kemboja dan Igor Zonjic (Serbia Montenegro).

Sebelum ini, skuad Penyu mengekalka­n penyerang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre dan menyambar bekas pemain import Negeri Sembilan kelahiran England, Lee Andrew Tuck serta bekas pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Kim Hyeon Woo dari Korea Selatan.

Ketua Jurulatih TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Zonjic akan mengisi tempat pemain pertahanan, Lazaro Vinicius yang tidak dilanjutka­n kontrak musim depan, manakala Thierry memperkuku­hkan jentera tengah.

Pengendali berusia 66 tahun itu berkata, Thierry, 26, yang juga tonggak skuad kebangsaan Kemboja, mengisi kuota pemain import Asia Tenggara.

“Kehadiran dua pemain ini sekali gus melengkapk­an kuota awang import untuk pasukan TFC I bagi menghadapi saingan Liga M musim depan.

Mohamad Nik kembali

“Hanya Tuck yang akan mula menjalani latihan pra musim pada 4 Disember ini (Isnin) manakala tiga lagi pemain import dijangka melaporkan diri pertengaha­n atau hujung bulan depan,” katanya yang ditemui di Pejabat PBSNT, semalam.

Beberapa kelibat muka baharu yang hadir di pejabat PBSNT ialah tiga bekas pemain T-team iaitu Mohd Fauzi Abdul Kadar, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris dan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri.

Yang turut kelihatan bekas penjaga gol Pahang, Wan Mohd Azraai Wan Teh, Mohd Fitri Omar (Kedah) dan dua bekas pemain Kuantan FA, Abdul Malik Mat Ariff dan Shahrul Aizad.

Irfan Bakti turut mengesahka­n bekas penolong ketua jurulatih FELDA United, Mohamad Nik kembali dalam barisan kejurulati­han TFC I musim depan.

 ??  ?? Tuck (kiri) akan tinggalkan pasukan
Negeri Sembilan untuk menyarung jersi Penyu, musim depan.
Tuck (kiri) akan tinggalkan pasukan Negeri Sembilan untuk menyarung jersi Penyu, musim depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia