Berita Harian

Pelan tambahan Kim Swee

Sedia ubah taktik apabila berdepan Iraq, Arab Saudi, Jordan bulan depan

- Oleh Devinder Singh

Datuk Ong Kim Swee belum bersedia mengubah penggunaan tiga pemain pertahanan seperti Sukan SEA dan mahu menerapkan sistem sama apabila anak buahnya beraksi di Kejohanan Bawah 23 Tahun (B23) AFC di China, Januari ini.

Taktikal di benteng pertahanan yang diamalkan pengendali itu terbukti berkesan apabila Malaysia mara ke final sebelum tewas 0-1 di tangan Thailand tetapi sepanjang enam aksi mereka hanya sekali berjaya menghalang lawan menjaringk­an gol.

Kim Swee berkata demikian ditanya sama ada masih mahu mengekalka­n corak pertahanan sama walaupun Malaysia akan berdepan lawan seperti Arab Saudi, Iraq dan Jordan di dalam Kumpulan C di China nanti.

“Buat masa ini, ya. Tetapi saya juga ada pelan tambahan yang menggunaka­n empat atau lima pemain pertahanan,” katanya selepas sesi latihan di Wisma FAM, Kelana, semalam.

“Ia bergantung kepada situasi dan kualiti pemain yang saya ada serta pemahaman mereka terhadap sistem yang mahu saya gunakan.”

Pada temasya Sukan SEA, Kim Swee meletakkan Adam Nor Azlin, Adib Zainuddin serta Irfan Zakaria sebagai benteng pasukan sambil dibantu pemain sayap, Matthew Davies dan Syazwan Andik Ishak.

Banyak pilihan

Daripada tiga pemain berkenaan, hanya Adib yang bermain sebagai pemain pertahanan tengah di Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala Adam lebih bebas bergerak dengan Selangor sambil Irfan bermain selaku pemain tengah bertahan bersama Kuala Lumpur.

Begitupun, Kim Swee tetap mempunyai pilihan sama ada menurunkan Syazwan Zainol Bahari, Dominic Tan dan A Shivan Pillay di bahagian pertahanan tengah.

“Sistem ini memberikan kami lebih pilihan di bahagian pertahanan dan kemampuan untuk menggerakk­an bola secara lebih bebas selain boleh membantu pemain tengah.

“Gol yang dijaringka­n pasukan lawan di Sukan SEA bukan disebabkan mereka mengambil kesempatan atas kelemahan sistem kami tetapi ia berlaku gara-gara kesilapan kami sendiri. Justeru, saya tidak bimbang,” kata Kim Swee.

Kim Swee merancang untuk memulakan latihan taktikal minggu depan sebelum anak buahnya mengharung­i perlawanan persahabat­an menentang Petaling Jaya Rangers pada 9 Disember.

“Kami masih menumpukan perhatian kepada tahap kecergasan pemain sebelum melaksanak­an latihan taktikal minggu depan,” katanya.

“Ini adalah kali pertama kami akan bermain di peringkat tinggi di Asia. Justeru, saya semua pemain sedia memberikan persembaha­n terbaik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia