Berita Harian

Andik antara tumpuan FELCRA FC

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kuala Lumpur: Bekas pemain Selangor, Andik Vermansah kemungkina­n kembali dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan dengan menyertai pasukan baharu dinaikkan ke Liga Perdana, FELCRA FC.

Ia mampu menjadi realiti sekiranya kedua-dua pihak berjaya mencapai kata sepakat selepas kelibat bekas pemain Persebaya Surabaya, Indonesia itu diintai oleh kelab berkenaan bagi memperkuat­kan pasukan.

Selepas dinaikkan ke Liga Perdana musim depan, FELCRA FC dijangka berbelanja sejumlah wang untuk mendapatka­n pemain terbaik.

Namun segala-galanya masih terlalu awal untuk ditentukan ketika Andik turut mendapat Presiden FELCRA FC beberapa lagi tawaran daripada pasukan lain.

Presiden FELCRA FC, Datuk Ismail Kassim berkata setakat ini pihaknya masih menunggu kelulusan bajet daripada pihak pengurusan tertinggi kelab.

Pencari bakat

“Ketika ini pencari bakat kita tengah cari pemain import dan antaranya adalah Andik. Kalau kita boleh pujuk dia untuk bersama kita, ia bagus buat pasukan,” katanya.

Dengan prestasi baik dan pengurusan teratur FELCRA FC pada saingan Liga FAM musim lalu, kelab berkenaan turut menarik minat beberapa pemain daripada pasukan Liga Super.

Untuk itu, kata Ismail, usaha memantapka­n pasukan sedang giat dilakukan dan kini menunggu kelulusan bajet sebelum membuat sebarang keputusan membabitka­n pembelian pemain.

“Nama pemain kita sudah lihat dan usaha kukuhkan pasukan sedang dilakukan. Ada pemain daripada pasukan Liga Super turut nyatakan minat. Apa pun, pemain sedia ada juga agak bagus.

“Pemain senior tidak perlu terlalu ramai dan kita mungkin memerlukan seorang atau pun dua untuk mengetuai pasukan. Sasaran saya adalah pemain muda kerana kami mahu membentuk mereka jadi lebih baik,” katanya merujuk kepada penyerang sensasi skuad bawah 23 negara, N Thanabalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia