Berita Harian

MAB terima pesawat tanpa GST

Model antara enam pesawat diterima berperingk­at sehingga Mac

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Malaysia Airlines Bhd (MAB) menjadi syarikat penerbanga­n pertama menikmati pengecuali­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bagi pembelian pesawat komersial yang diperuntuk­kan di bawah Bajet 2018, baru-baru ini.

Pembelian berkenaan membabitka­n pesawat jenis A350-900, yang pertama seumpamany­a di ASEAN, menggunaka­n enjin tujahan termaju Rolls Royce Trent XWB yang diterima syarikat berkenaan, semalam.

Pesawat model A350 XWB itu adalah satu daripada enam pesawat yang akan diterima MAB secara berperingk­at-peringkat sehingga Mac ini menerusi pajakan daripada Air Lease Corporatio­n.

Kurangkan perbelanja­an

Majlis penerimaan pesawat yang tiba dari Toulouse, Perancis itu disempurna­kan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Kompleks Kejurutera­an Pesawat Malaysia Airlines di Sepang.

Yang turut hadir Pengerusi MAB, Tan Sri Md Nor Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail.

Pada sidang media, Johari berkata, melalui pengecuali­an GST bagi pembelian barangan kos tinggi seperti pesawat komersial dan kapal, syarikat penerbanga­n serta syarikat minyak dan gas mampu mengurangk­an perbelanja­an dan menggalakk­an syarikat berkenaan memiliki lebih banyak kemudahan.

“Sebuah pesawat seperti ini menelan kos antara AS$200 hingga AS$300 juta dan ini adalah pelaburan daripada syarikat berkenaan. Justeru, ia diambil kira sebagai

katanya. Dilengkapi produk

Pada pembentang­an Bajet 2018 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n pembelian pesawat dan kapal laut oleh syarikat penerbanga­n dan perkapalan yang berdaftar di Malaysia akan dikecualik­an GST.

Johari percaya, pemilikan enam pesawat A350 XWB itu adalah langkah penting oleh MAB dalam proses transforma­sinya, sekali gus menjadi game changer yang membolehka­n syarikat itu menyediaka­n perkhidmat­an lebih berkesan yang memenuhi kehendak pelanggan.

Penerbanga­n pertama

Sementara itu, Izham berkata, pesawat A350 XWB itu akan membuat penerbanga­n pertamanya bermula 8 Disember ini membabitka­n destinasi Bangkok, Singapura dan Pulau Pinang.

“Penerbanga­n tiga laluan itu adalah bagi memberi pengalaman pengendali­an kepada juruterban­g, kru kabin dan kakitangan kami, sebelum memulakan penerbanga­n ke London pada 15 Januari tahun depan,” katanya.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL /BH ] ?? ticket item,” big Johari bersama barisan pengurusan dan kakitangan MAB bergambar selepas A350 XWB mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dari Perancis.
[ FOTO ROSELA ISMAIL /BH ] ticket item,” big Johari bersama barisan pengurusan dan kakitangan MAB bergambar selepas A350 XWB mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dari Perancis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia