Berita Harian

Tokyo perlu kepakaran negara teroka pasaran halal

-

Jepun berhasrat bekerjasam­a dengan negara ini bagi menceburi pasaran halal di seluruh dunia, kata Duta Besarnya ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa.

Beliau berkata, memandangk­an negara Matahari Terbit itu tidak mempunyai kepakaran dalam industri halal, ia ber gantung kepada Malaysia untuk memberi nasihat terhadap bidang berkenaan.

“Jepun dijangka menerima kunjungan dari seluruh dunia, terutama pada 2020 apabila kami menjadi hos untuk Sukan Olimpik 2020. Semestinya pengunjung Muslim akan mencari makanan halal.

“Disebabkan kami tidak mempunyai kepakaran dalam pasaran halal, Jepun bergantung terhadap nasihat dari Malaysia,” katanya pada sidang media Forum Perniagaan Ma laysia Nikkei 2017, di Kuala Lumpur, semalam.

Laluan utama tinjau pasaran halal

Pada masa sama, beliau berkata, Malaysia adalah laluan utama bagi Jepun untuk meninjau pasaran halal di rantau Asia dan seluruh dunia.

“Industri Jepun ingin menjalanka­n kerjasama dengan Malaysia untuk meninjau pasaran halal serta peluang yang ditawarkan bukan sahaja di negara ini, malah di seluruh komuniti Muslim.

“Malaysia adalah laluan yang terbaik untuk kami menceburi pasaran ini dan saya pasti industri kami sememangny­a ingin menaik taraf ke tahap industri halal,” katanya.

November lalu, Malaysia me nawarkan khidmat sebagai penasihat industri halal kepada Jepun menerusi kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara berkenaan.

Najib memaklumka­n tawaran berkenaan kepada rakan sejawatnya, Shinzo Abe pada pertemuan dengan pemimpin Jepun di Tokyo.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia