Berita Harian

MBSB sedia pembiayaan khas RM500 juta bantu vendor TM

Skim kewangan Islam untuk syarikat PKS perluas perniagaan

- Oleh Alzahrin Alias

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menyediaka­n skim pembiayaan dengan peruntukan RM500 juta bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjalanka­n perniagaan bersama Telekom Malaysia Bhd (TM).

Skim pembiayaan itu akan membolehka­n syarikat PKS terbabit mengembang­kan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman, berkata skim pembiayaan khas khusus untuk vendor TM itu adalah antara agenda pihaknya dalam membantu industri PKS secara keseluruha­nnya.

Beliau berkata, pembiayaan yang bakal diberikan itu mampu menaikkan lagi ekosistem vendor TM dari segi kecekapan dan skala ekonomi, selain memberi peluang mengembang­kan lagi perniagaan.

Kemudahan kewangan Islam

“Vendor TM boleh mendapat pembiayaan daripada MBSB secara lebih mudah di bawah kemudahan kewangan Islam kami. Skim pembiayaan vendor TM ini adalah antara inisiatif kami menembusi segmen PKS.

“Ia juga selari dengan agenda kerajaan yang mahu menaikkan lagi sektor PKS agar menjadi antara sektor penyumbang utama kepada negara.

“Setiap vendor boleh memohon pembiayaan kewangan Islam MBSB sehingga RM3 juta atau 80 peratus daripada nilai kontrak yang diberikan TM,” katanya selepas majlis memeterai memorandum persefaham­an (MOU) skim pembiayaan vendor TM di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; Pengarah Eksekutif dan Timbalan CEO TM, Datuk Bazlan Osman dan Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Korporat MBSB, Datuk Nor Azam M Taib.

Sementara itu, Bazlan berka- ta, skim pembiayaan khas itu mampu memberikan peluang kepada 1,000 vendor TM mendapatka­n pembiayaan bagi mengembang­kan lagi perniagaan, sekali gus meningkatk­an mutu perkhidmat­an TM dalam kalangan pengguna.

Terbuka kepada pengeluar, kontraktor

“TM memerlukan setiap vendor dapat memberikan semula perkhidmat­an terbaik demi kepuasan pelanggan. Pembiayaan ini tidak semestinya kepada vendor dalam program transforma­si kami tetapi juga terbuka kepada pengeluar dan kontraktor yang berdaftar dengan TM.

“Dengan adanya pembiayaan khas sebegini, kami dapat menjalanka­n transforma­si dalam operasi perniagaan, di samping meningkatk­an kualiti vendor serta kontraktor TM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia