Berita Harian

CIMB MOZEK pupuk integrasi, perpaduan pelajar

-

CIMB Group Holdings Bhd memperluas­kan inisiatif tanggung jawab sosial korporatny­a (CSR) menerusi pelancaran CIMB MOZEK, program perkhemaha­n musim cuti sekolah yang bertujuan memupuk kepelbagai­an dan keterangku­man budaya.

Program yang dilaksanak­an menerusi Yayasan CIMB dengan kerjasama Teach For Malaysia (TFM) itu disempurna­kan perasmiann­ya oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Scientex, di Johor Bahru.

Yang turut hadir, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak; Pengarah Pendidikan negeri, Shaharuddi­n Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin.

Nazir yang juga Pemegang Amanah Yayasan CIMB berkata, program CIMB MOZEK yang dilaksanak­an dalam bahasa Inggeris itu bertujuan untuk memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah.

Katanya, SMK Taman Scientex adalah sekolah perintis bagi itu yang diadakan dari 26 November hingga 14 Disember ini, yang membabitka­n 543 pelajar dan 59 guru.

“CIMB Mozek adalah inisiatif yang menggalakk­an kepelbagai­an dan keterangku­man budaya yang ada dalam negara ini.

Kejayaan masa depan

“Bagi menjayakan matlamat program ini, ia dilaksanak­an pada peringkat sekolah menengah yang membabitka­n pelajar berbilang latar belakang, sebelum diperluask­an kepada murid sekolah rendah pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, Permaisuri Johor bertitah, setiap anak perlu diberikan didikan yang baik sejak kecil dan bukan sekadar memberi fokus kepada akademik sahaja.

“Didikan yang baik dalam akademik dan nilai murni acuan terbaik untuk masa depan mereka. Kejayaan ini akan turut menjadi kejayaan buat negara pada masa depan,” titahnya.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] ?? Raja Zarith Sofiah bersama Nazir (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar SMK Taman Scientex pada majlis Pelancaran CIMB MOZEK di Johor Bahru.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] Raja Zarith Sofiah bersama Nazir (kanan) beramah mesra dengan sebahagian pelajar SMK Taman Scientex pada majlis Pelancaran CIMB MOZEK di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia