Berita Harian

Moto X4, Moto G5s Plus dilengkapi inovasi terkini

Kelebihan teknologi kamera, bateri, reka bentuk tawar pengalaman unik

-

jadi yang pertama dalam siri G menghasilk­an dwi kamera 13 megapixel, G5s Plus meneruskan komitmen Motorola dalam menawarkan pengalaman unik menerusi inovasi terkini dalam teknologi kamera, bateri dan reka bentuk.

Kelebihan yang ditonjolka­n termasuk keupayaan rakaman monokrom terperinci di samping ciri `default‘ di mana pengguna boleh menyunting gambar sendiri kemudian ditampal ke gambar lain dengan mudah.

Moto G5s Plus mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh yang dikuasakan pemprosesa­n Qual comm Snapdragon 625 dan RAM 4GB.

Dijual pada harga RM999 seunit, ia dibangunka­n dengan storan 32GB dan menggunaka­n operasi Android 7.1.1.

Kapasiti bateri besar

Ia juga disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 3,000mah, yang mampu bertahan seharian dengan penggunaan kerap.

Moto G5S Plus tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Kelabu Lunar dan Emas Blush .

Sementara itu, Moto X4 serba baharu pula dijual pada harga RM1,899 seunit.

Ia memiliki skrin 5.2 inci IPS LCD 1920 x 1080 piksel Corning Gorilla Glass 3 yang beroperasi pada Qualcomm Snapdragon 630 octa core 2.2GHZ.

Peranti ini dibangunka­n dengan RAM 4GB dan storan dalaman 32GB.

Khusus untuk kesan fotografi yang lebih kemas dan hidup, Moto X4, didatangka­n dengan keupayaan dwikamera 12MP+8MP.

Kamera pertama datang dengan 1.4mikron piksel pada f2.0 yang turut mempunyai sistem dwi autofokus dan mampu merakam video pada 1080p 60fps.

Kamera kedua 8MP pula mempunyai 1.12mikron piksel dengan f2.2 selain lensa sudut lebar 120 darjah.

Menggunaka­n bateri 3000mah, ia juga disediakan bersama cas pantas pada USBC dengan pengimbas cap jari di depan.

Moto X4 boleh didapati dalam dua warna, hitam dan biru.

Keduadua peranti ini boleh didapati sekarang di semua gedung Motorola dan pengedar sah seluruh negara atau egedung rasmi Motorola di Lazada Malaysia.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] ?? Motorola Moto G5s Plus dan Moto X4 dengan inovasi terkini.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM / BH ] Motorola Moto G5s Plus dan Moto X4 dengan inovasi terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia